Isnin, 2 November 2009

Anak Bertuah..


Salam...Kejadian berlaku sekitar jam 4 petang, 1 November 2009, ketika sang umi sedang rancak berbual ditalian telefon dengan nenek pucong, manakala sang ayah tiada dirumah, pulang ke Gombak menguruskan persiapan kenduri si adiknya. Kakaknya Aisyah sedang nyenyak tidur dibuaian.

Pada mulanya mengacau umi telefon, tarik wayar sana sini, picit punat itu ini, bila dengar suara nenek digagang, terus larikan diri. Diam tidak berbunyi, dipanggil pun tidak menyahut. Rupa - rupanya inilah kerja anak bertuah umi.

Nak dimarah, muka macam tau bersalah. Sang umi beristighfar dalam hati. Umipun salah juga. Bila berbual tak ingat dunia. Tak apalah, anak umi nak berdikari dah rupanya..gelak dalam hati..sebelum cuci, ambil gambar se snap dua..buat kenangan dihari tua...

2 comments:

PopCake2u berkata...

tu losyen ker shower gel?

JMY berkata...

losyen..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails