Selasa, 17 November 2009

Insiden Di Butik Pearl Haya

Selepas jmy mencuci mata di DHANS Collection, jmy mencari plak Pearl Haya ni. Tadi masa kursus, opismate ada cakap dia beli tudung anak dia kat sini. Boleh kata tiap - tiap minggu lalu depan kedai ni, tak pernah plak jmy perasan ni kedai tudung, ingatkan butik pengantin.
Pearl Haya Senawang

Duit kat tangan ada RM20 je, ada hati nak masuk butik, hehe. Nampak kat pintu dia, ada label boleh bayar pakai kad. hmmm oklah. jmy pun masuklah...ish ish ish..terkujat sekejap, banyaknya tudung, lawa - lawa plak tu. Sales girlnya pun ramai dan lembut - lembut gitu. Sales girlnya pun menyapa "akak cari tudung colour apa? ". "Colour pink dik" (dlm hati, ish gatalnya mulutni , cakap jelah nak tengok - tengok je). "Pink macam ni ke? macam ni...macam ni... macam ni..." aleh - aleh 3 - 4 tudung jmy cuba pakai. Sempat jugak snap gambar (ni kes nak letak kat blog lah ni)


Berkenanlah dengan sehelai tudung tu . "Dik, pakai kad kredit boleh kan ?" "Boleh untuk RM100 ke atas, akak pilihla 1 lagi. Pilih yang ni, ada 40% diskaun". jmy pun tengok - tengoklah yang diskaun tu. 2 - 3 kali cuba, berkenan plak dengan yang color biru cair. "Oklah dik, akak ambil 2 ni." jmy pun dengan confidentnya pergi ke kaunter untuk bayar. Keluarkan dompet. ooohhhh sungguhla terkejut gila jmy . Lupa sangat - sangat kad kredit ada kat cik abang. (Oh tidak, malunya........malu gila.., camne ni.., tu lah dari nak tengok - tengok, bila berkenan, jadilah camni)
. Dengan muka tebalnya, terpaksalah mengaku kat sales girl tu dan mintak diasingkan untuk datang esok hari. Kat umah, search google, jumpala website www.pearlhaya.com . Patutla, pekerja - pekerjanya sibuk membungkus. Rupanya online business. Tapi butik dia best lah. Waktu operasi :
- Isnin hingga Sabtu - 10 pagi - 7 petang.
-Ahad - 10 pagi - 6 petang.

10 comments:

kak Scha berkata...

Salam Terima kasih for the add :)

JMY berkata...

sama - sama

Capo Grande berkata...

keju, salesgirl dia cun2 x??

JMY berkata...

mantop..leh g survey..

Sharinginfoz berkata...

berkenan beli aja kan...

hans berkata...

hahahha
malu tu
den dapat rasa perasaan tu
haha

JMY berkata...

tau takpe..

Capo Grande berkata...

keju t kita g sama la...leh keju intro kan sy kat gadis2 situ ek ;-)...huhu...

hans berkata...

thanks ekk follow blog saya yg ntah apa2 tu

r0sLiNa berkata...

ahhaha...meti malu xtrkata??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails