Jumaat, 13 November 2009

Lagi - lagi Taman Bandar Senawang



Nak promosi Restoran Alya yang kat Taman Bandar Senawang ni. Masuk je ke taman ni, belah kiri, haa tu lah dia restorannya.Sedap yang dimaksudkan, bukanlah lain daripada yang lain, macam restoran lain juga, Pagi, ada roti canai, tengah hari ada nasi lauk kampung, malam ada masakan tom yam.

Saya suka roti canainya, garing memang kesukaanku. Lauk tengah hari sedap, ada rasa, setakat ni makan kat situ takde lagi jumpa bendasing seperti lalat dalam lauk. Lauk - lauk sume bertutup. Harga, sama macam kedai - kedai lain. Kebersihan, hmm nampak pada mata kasar, ok, dapur.... tak pegi check la pulak.


0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails