Rabu, 30 Disember 2009

Bulan Sambut Birthday


Bulan Disember adalah bulan sambutan hari ulang tahun anak beranak. Umminya 9hb, anaknya 19hb. Kalau ikut bulan islam, si anak lahir pada 9 zulhijjah , manakala si ummi pula 27 zulhijjah. Untuk si anaklah yang paling best, malam hari raya haji hari tu dah sambut di rumah nenek puchong. 19hb tahun ini, kebetulan  jatuh hari sabtu, sambut lagi di  rumah nenek gombak pula.  Biarlah adil dan saksama untuk kedua-dua nenek, kek pun ayah beli kek yang serupa. Manakala si ummi, menempeklah juga menyambut birthdaynya. Jika sekiranya ummi dan anak tidak lahir dibulan yang sama, agaknya takdelah kek untuk si ummi, memandangkan si ummi tidak berbuat yang serupa semasa sambutan hari lahir sang ayah. Maka ceritanya, sang ayahlah yang paling kasihan.

Tengok tu, ini adalah patung gula - gula ummi dan anaknya. Terima kasih ayah, lupa plak nak bawak balik n framekan. Entah nenek buang ke nenek simpan tah agaknya ye..

"Ayah ! tunggu..beratlah hadiah ayah n umi ni....tak larat.."..hehe bukan berat mana pun, laptop mainan, beli kat giant, dengan si anak. Balut pun depan dia. Kecik lagi, tak paham, apa la yang ummi buat ni..Masa kecik, dia tak tau minta, kita yang ajar. esok besar, dia dah pandai minta, kita plak yang tak terbeli...heheheh

















Tak lupa juga ini untuk kawan - kawan di Taska Cahaya Sofia
Dan ini posing menarik untuk kenalan - kenalan ummi .....


2 comments:

Sharinginfoz berkata...

apa yang penting happy kan semuanya..

JMY berkata...

betul, betul, betul

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails