Khamis, 3 Disember 2009

Tempat Menginsafkan Diri



Kalau rasa diri ni banyak yang kurang, tak cantik, tak pandai, tak bergaji besar, tak berumah besar, dan bermacam - macam 'tak' lagi, maka kunjungilah hospital. hehe.. Tak payah pergi banyak - banyak tempat, cukuplah kat klinik rehabilitasi ni. Terasa semula betapa bersyukurnya dilahirkan sempurna, anggota badan yang sempurna, akal fikiran yang sempurna, semuanya sempurnalah. Kalau berjumpa orang kat tempat - tempat awam, shopping complex, kedai makan, kita tak tau pun kesempurnaan orang - orang tu. Tapi kat klinik ni, baru tahu  ramai orang lain yang lebih tak sempurna dari diri sendiri. Berapa ramai yang rupanya berkaki palsu, tangan palsu, tangan kecik, tak boleh berjalan, tak mendengar, tak melihat, tak bercakap......
Sepanjang 3 jam di klinik tu, tak kurang 7 orang yang tak de kaki, datang situ untuk buat kaki, cek kaki dan macam - macam lagi.

Oleh itu, untuk diri sendiri, beringatlah, berdoalah, berusahalah, bersyukurlah, ada kaki asli, tangan asli, mata asli, telinga, mulut,...semuanya masih asli..tapi.....jaga, kerana yang Di Beri pinjam ini bukan hak milik kekal.

**nak amik gambar pesakit - pesakit, takut kena marah plak, jadi amik gambar dr jauh je...

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails