Sabtu, 23 Januari 2010

Cerita di A’Famosa

Makan anginnya dah lama, 27-28hb Dis hari tu, baru ni berkesempatan nak mengabadikan kenangannya di sini.Kononnya merancang awal tahun 2009 hari tu, nak pergi ke Cameron, tapi macam malas je nak bawak anak dara 2 orang ni berjalan jauh, makanya pergi Afamosa Animal World Safari je lah, 1 jam je perjalanan dari Senawang, itu pun ayahnya memandu slow – slow, makan anginlah katakan…

Yang jmy tak puas hati, tak dapat nak naik lori safari tu, ayahnya tak mahu beratur panjang – panjang tunggu giliran, hmmm tak dela maknanya pegi safari kalau tak naik lori tu , kan..hmm takpelah, nak buat cam mana..dapat tengok sikit – sikit, jadila…(dengan nada tak puas hati, hehe). Yang paling tak best adalah surau perempuan, menyesal tak bawa telekung, telekung yang ada, langsung tak macam telekung.


Memang rancang nak tidur di Afamosa Resort satu malam, tempahan bilik dibuat secara online. Dahla waktu untuk check in jam 4.00 petang. Pukul 5.00 daftar dikaunter, adake dia kata bilik belum siap, tunggu lagi 10 minit..eee telinga dah merah ni..
Kemudian, (apala jmy ni, kejap macam nak karang pakai ayat bm standard, alih - alih jadi bm pasar gak..perhatian, Pemakaian bahasa malaysia ini tidak boleh digunakan untuk karangan sekolah..hehe)pergilah mencari bilik yang diberi iaitu ditingkat paling atas iaitu tingkat 3. Masuk bilik, tengok 'view'..alamak..bangunan terbengkalai !..hmm memangla tak seronok dan menggerunkan.

Anak dara 2 orang tu, satu hari tak tidor, sampai bilik dah mengamuk ngantuk. tidor sekejap, bangun, makan, main lompat - lompat atas tilam sampai penat sangat sehinggalah mengamuk teruk pukul 12 malam.

Yang ini, seram skit. asna nangis2 sambil tunjuk pintu, sebut 'tu..tu..tu'. apa dia nak ni. ayah dan umi dah mula tak senang duduk. tak pernah dia nangis macam tu,nak sangat bukak pintu, bukala pintu..buka..buka..dia tunjuk lift dihujung bangunan yang rosak..aduh..bulu roma dah mula tegak. tak boleh jadi, bawak masuk balik. nangis lagi, meronta - ronta..ayah dan umi, cuak. kakak, terkebil - kebil..ayah azan, umi, ayat kursi tak henti - henti..umi selawatkan pada segelas air, basah kan badan, muka, semuanya..baru asna mula berhenti nangis sambil teresak - esak. umi dan ayah berpandangan..asna menyusu dan terus tidor.

Tak pasti samada asna terlampau penat, atau benar - benar ada makhluk Allah yang lain yang dia nampak, Malam yang menakutkan. Patutlah orang tua - tua pesan, 'jangan suka - suka sangat'..Bangun pagi, terus packing check out..

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails