Ahad, 21 Februari 2010

Ambil Temujanji di Syifa Alhidayah


Program Syifa di Astro Oasis mencuri perhatian kami sekeluarga kerana lokasinya di Sungai Pusu Gombak. Manakan tidak, kampung halaman..tiap - tiap bulan balik pun, tak pernah dengar cerita pasal pusat perubatan ni, alih - alih dah keluar tv. Jenis penyakit yang dirawat pula berkaitan, jadi kamipun ikhtiarlah ...

Tau je lah bila dah masuk tv, kalau ikutkan dalam websitenya www.syifa-alhidayah.com , sebelum ni nak berubat ambil nombor sehari sebelum. tapi bila dah glamour, ustaz hj lokman setkan tarikh untuk ambil nombor. Untuk bulan februari ni, nombor dibuka pada 14hb Feb 2010.katanya, nombor boleh diambil lepas asar dan lepas isyak. Jadi suami pun bertolaklah dari rumah kami disenawang jam 3 petang. Singgah Sg. Chinchin ajak kakaknya temankan. Lepas asar, merekapun pergilah ke lokasi dituju, belakang UIA Gombak. Terkejut mereka tengok suasana di situ, bagaikan pasar malam. Lihat sajalah gambar diatas. Dari lepas asar beratur. Dapat nombornya pada pukul 1 pagi. Kasihan si suami dan kakak iparku. Tarikh rawatan yang pada asalnya kami nak pada 25hb Feb ni, hanya dapat buat pada 25hb Mac 2010, jam 1 pagi! (sebab rawatan hanya pada sebelah malam). Begitulah ceritanya suamiku menghabiskan 1 hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke - 7.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails