Jumaat, 12 Mac 2010

Cacat Bukan Penghalang Untuk Berjaya

"Walaupun dilahirkan tidak sempurna, tetapi ia bukan penghalang untuk cemerlang dalam Peperiksaan SPM", dipetik dari utusan malaysia - 12 Mac 2010. Lain yang aku plan tengah hari jumaat ni, lain pulak yang aku buat, dek kerana berita - berita ini. Bukan apa, aku nak simpan keratan - keratan ni sebagai motivasi diri sendiri, macam mana mak bapak yang ada anak kurang sempurna ni mendidik anak sampai boleh berjaya. Aku pun kena tanam azam supaya anak aku Nurin Aisyah pun boleh berjaya macam budak - budak ni. Berjaya tak berjaya nya mereka, berbalik pada macam mana mak bapa dia jaga dan didik dia..haaaa, ni yang suspen ni..
"9 bulan cuti tanpa gaji"..boleh ke aku buat ?
"Meninggalkan kerjaya semata - mata untuk menjaga anak yang menghidap penyakit saraf, nyata berbaloi bila anaknya dapat 8A+ "....ni semua yang kecut perut ni..Orang kurang upaya boleh buat, orang sempurna apatah lagi...kan.."ibu, Lee Wai Leng 49 tahun, memperuntukkan masa selama 4 jam setiap hari demi menyuap semangkuk ubat untuk anaknya"...cabaran tu...1 jam suap nasi untuk Aisyah pun kadang - kadang dah hilang sabar..pengorbanan oh pengorbanan..

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails