Sabtu, 27 Mac 2010

Ole - Ole Pesta Buku (PBAKL 2010)

Siapa belum pergi ke Pesta Buku ? sempat lagi kalau nak pergi. Besok Last - 28hb Mac 2010. Kami pergi semalam 26hb Mac, jumaat, memang dah ambil cuti pun, ada rawatan di syifa alhidayah, sekaliguslah bercuti ke PBAKL. Dah ada anak ni, nak anak berjinak dengan buku, mak bapaknya pun kenalah sama, wajiblah jadinya meninggalkan kemahuan - kemahuan persendirian yang lain, contohnya terpaksalah umi ketepikan dulu nafsu nak beli tudung pearl haya lagi....uwaa..kata nak anak maju, kenalah berkorban, sebab umi bukanlah jutawan bak kata umeboshi..heee.. Tapi kamipun bukanlah borong sakan. Saja - saja bawak anak berjalan, untuk luaskan pandangan aisyah dan asna.
Meronda booth - booth pameran dari jam 4.30 petang sampailah ke jam 8.30 malam. Ada sedikit terkilan tak dapat nak snap gambar kat sini sebab dua - dua handpone kehabisan bateri untuk satu hari ni. Memang betul - betul bercuti dari panggilan ofis hari jumaat ni.

Asna bergambar dengan koleksi - koleksi dari pesta buku. Penat umi tampal, tak hafal semua..hmmm taula..lain - lain buku, malas nak snap..



Untuk umi dan ayah, ini dia buku kemudi rumah tangga penulisnya pemilik blog saifulislam.com . Beli kat PBAKL buku 2 dan 3. Yang first 'Aku Terima Nikahnya' dah beli dan baca sebelum ni lagi. Sesiapa belum baca, silalah dapatkannya, tak rugi, memang best. Akupun bukanlah antara pembaca yang awal mengikuti buku - buku abusaif ni, hehehe. Dengan motonya 'ERTI HIDUP UNTUK MEMBERI' dan garapan penulisannya yang santai buat kami nak bacanya berulang - ulang kali. Rasa macam nak ucap terima kasihlah kat ustaz cinta ni, sebab buku dia berjaya menarik minat suami untuk sama - sama membaca buku - buku berbentuk motivasi. Inilah buku cerita kami sebelum tidur sambil mendodoi aisyah dan asna.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails