Jumaat, 19 Mac 2010

Seharian Di Hospital

Lain kali umi tak nak plan macam ni lagi..penat giler, kalau umi penat, aisyah mesti lagi penat..kesian plak kat dia. Pagi pergi klinik rehab. Appoinment dulu, doktor ukurkan untuk kerusi roda. Tapi doktor Khairiah cakap, dia tak sarankan lah buat masa ni aisyah berkerusi roda. Dr buat planning lain sebab umur dia belum sampai 5 tahun, kita masih boleh usahakan supaya dia boleh berjalan. betul dr, saya setuju. So plan doktor ialah :-
- 6/4 - Appoinment dengan klinik Otopedik. Dr kata kaki aisyah pendek sebelah
- 12/5 - set quotation untuk dapatkan 'standing frame', 'corner chair' dan kasut
- 10/8 - Dysport. Injection pada otot peha supaya otot - otot tu lembut, diikuti dengan exercise.

Habis klinik rehab, 12.30 berkejar ke klinik Cara Pulih Kerja, ambil appoinment baru sebab 9/2 hari tu, umi tak dapat nak bawak. Tarikh seterusnya adalah - 12/4.

Jam 2.30 petang, pergi klinik fisioterapi (klinik ni dah setahun aisyah tak pegi). jurulatih fisio tu cam bengang dan nak marah je sebab dah lama tak datang tapi bila tengok aisyah ada kemajuan, barula dia senyum. Tarikh seterusnya, 4/5

Aisyah yang dah teramat - amat penat dan mengantuk. Umi snap gambar pun dah tak layan...Ini bukan kena dera, tapi latihan fisioterapi untuk berdiri tegak

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails