Isnin, 8 Mac 2010

Sungai Congkak vs Alang Sedayu

Sungai Congkak, Hulu Langat - Pergi Hari Maulidur Rasul (sape suruh). Hari Jumaat. Sampai dah jam 11.30, sampai cari tempat, cik abang gi solat jumaat. Tak pat mandi lagi, merengek-rengek si asna sampai tetido dulu tengok orang lain mandi. Jam 3, ayah dah sampai, umi pulak gi solat dulu. 3.30, baru dapat duduk dalam air, HUJAN !!!..ahhhh sedihnya..ni bukan mandi sungai..ni mandi hujan..
- Tempat : best, menarik. kena bayar RM1.00, takpe ada bilik air, bilik persalinan, surau. Ada Chalet, boleh sewa (lain kali laa). Tapi air tak berapa jernih
Alang Sedayu, Batu 12 3/4 Gombak. - Sampai Jam 10.30, Parking ada lagi. Nak turun ke sungai, curam sedikit. Kami pergi kat kawasan yang tak kena bayar apa -apa. Tapi yang tak bestnya pemandangan sampah. Ada anak ni, kena carik tempat yang cetek - cetek je..Akhirnya dendam nak mandi sungai terbalas jua..Nikmatnya mandi sungai tak terkata. Dalam Quran pun, Syurga dibayangkan dengan sungai - sungai yang mengalir..patutla sungai best..

2 comments:

Nowwa Fitri berkata...

Alang SEdayu tu pernah pi masa study kat Uia dulu

JMY berkata...

Umah mak mertua kat sg chinchin n tempat lahirku kat area sekolah abim tu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails