Isnin, 19 April 2010

Mulut kena jaga..

Kes 1 :
5 tahun sudah, semasa suami terlantar di ICU, seorang makcik saudara datang melawat. Seingat saya, percakapannya begini, "ni dah kali ketiga melawat orang sakit dan meninggal. dua hari sudah, ziarah orang meninggal di kg sendiri, semalam melawat orang sakit lagi di johor, tenat juga, macam suami saya ni lah". Sebagai seorang isteri, apa perasaan saya? Allahuakbar, Allah je yang tahu. Tapi itu saya lupakan, sebab Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur suami saya hingga kini. Tapi apa berlaku pada makcik tersebut ? Anaknya yang Pergi dahulu berbanding suami saya, 2 - 3 tahun sudah.

Kes 2 :
4 tahun sudah, semasa belum Allah kurniakan saya cahaya mata, ada terdengar perbualan si A dan si B. Waktu tu si A baru mengandung anak kedua manakala si B sedang berusaha untuk mengandung anak kedua. si A berkata pada si B maksudnya lebih kurang begini "apalah ko ni B, kata berusaha, tapi tak berjaya - berjaya pun. Tak macam aku, aku kata nak je, terus dapat". Si A tersenyum sumbing. saya, lagilah terhiris. Allah Maha Kaya, saya diberitakan anak dalam kandungan si A meninggal. Kemudian dia mengandung lagi. Luar rahim pula. Alhamdulillah anak saya dan anak si B, kini telah 2 orang manakala si A sedang mengandung, jika tiada aral itulah anak keduanya.

Kes 3 :
Anak makcik Y, perempuan, saya beri nama Z mahu bertunang. Sebelum tu sepupu Z iaitu K telah bertunang dahulu, hantarannya RM7,000. Makcik Y cakap Z, lebih cantik berbanding sepupunya jadi hantarannya mestilah lebih, maka hantaran Z adalah RM9,000. Selepas rombongan meminang balik, kakak Z siap tanya pada makcik Y, tadi mak K dengar tak pasal wang hantaran Z. Makcik Y cakap, walaupun bukan dengan nada sombong, "mestilah dengar, kuat." Sekarang Z telahpun selamat berkahwin nak mencecah setahun usia perkahwinan. Saya diberitakan rupanya RM9,000 duit hantaran Z, adalah duit Z sendiri. Bukan duit pengantin lelaki.

Saya tidak tahu samada orang - orang yang terlibat, merasakan itu adalah balasan Allah atas perbuatan diri sendiri atau tidak. Tapi bagi saya sebagai pemerhati, "Ya". Kan Allah dah kata "Jangan sombong, angkuh dan bongkak". Kita ni semua sama..semua hamba-NYA.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails