Ahad, 4 April 2010

Resepi Puding Trifle

Puding ni memang best bagi orang - orang yang suka manis - manisan macam aku ni, tapi kalau orang yang suka yang pedas - pedas, takde maknanya..hee

Sebenarnya macam malas nak buat entri resepi puding ni, sebab kalau google search, 'resepi puding trifle', lebih 10 page result  dia. Tapi memandangkan ada permintaan dari sorang kawan baru kat facebook, kawan cikgupali, yang pernah rasa resepi ni yang aku buat sendiri, masa dok kat kuaters dulu, tak baik pulak , tak menunaikan permintaan orang..heee.

Merujuk kepada gambar diatas:
Layer Paling Bawah - adalah kek pandan giant, dipotong - potong , masukkan dalam bekas. Nak pakai kek apa pun tak kisah, pandanke, coklat ke, marble ke etc, tapi aku suka pakai kek pandan sebab bila dah campur 3 layer, layer pandan ni taklah berapa manis.

 Layer Tengah -
1 tin susu cair ideal + tepung kastard 2 sudu besar + air sejuk 3/4 mug + 3 atau 4  sudu gula (ikut rasa sendiri, kalau 3 sudu dah rasa ok, tak payah lah 4, saya selalu letak 3 je), masak atas api kecil, kacau hingga pekat . Tuangkan diatas kek tadi. kemudian, letaklah buah - buahan kegemaran anda. natade koko ke, laici ke atau buah - buahan koktail.

Layer Paling Atas -
Ikut tuan punya resepi, kawan lama masa kat Anzagain, macam yang aku salin kat bawah ni,2 cawan air, masak hingga menggelegak, lepastu masukkan 2 kotak jeli, perisa resberi / ceri / strawberi, kacau hingga larut. (Kalau ikut arahan dibelakang kotak jeli tu, 2 cawan air untuk 1 kotak jeli, so bila pakai 2 kotak untuk 2 cawan, dia jadi lebih keras sedikit, tapi lebih manis )

Akhir sekali, sejukkan dalam peti ais. lepastu apa lagi...ngaplah..selamat mencuba puan selly..

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails