Rabu, 7 April 2010

Udang Masak Mentega @ Butter Prawn

Nak tulis entri ni, cikgupali tengok pulak, eii terus idea tak keluar. Minta dia dok jauh - jauh, baca buku 'Bercinta Sampai Ke Syurga' ..haaa baru boleh menaip...

Sabtu lepas, hari malas - malas mengemas, tapi rajin untuk mencuba. Dalam peti ais ada udang. Masak apa ye? Tempoyak ? pedas, anak tak boleh makan. Rendang ? Santan Takde. Buka buku resepi, cari resepi butter prawn cikgupali, tak de pulak. Maka sayapun menggeledah di internet, berjumpalah dengan resepi dari blog chetam ni. Ini resepi 'butter prawn' versi kering. Cikgupali selalu buat yang versi basah. Patutlah bila dah siap tu tertanya - tanya, kenapa tak jadi macam cikgupali buat. Tapi..terima kasih chetam, nyummy...memang sedap, sampai kulit udangpun kami makan. Tapi saya buat, tak tambah nestum, lain kali nak cuba tambah nestum. Jadi saya salin dan tampal lah resepi cik chetam ni..

Bahan A :
600 gm udang besar
1 camt. gula
1 camt. garam
1/2 camt. lada hitam
1 camt. minyak bijan

Bahan B :
3 camB tepung jagung
1 camB serbuk kari ikan

Bahan C :
3 biji kuning telur
1 camB susu cair
1/2 camt. garam
1/4 camt. serbuk lada hitam
2 camB butter

1 camB bawang putih - dicincang
2 camB cili padi - dicincang
1 camB daun kari - dicincang
2 camB butter

Bahan perisa :
1 camB sos tiram
1/2 camB gula
1/4 camB serbuk lada hitam

Cara-cara
=========

1.Bersihkan udang, buangkan kakinya dan keringkan dengan menggunakan kitchen towel.
2.Perap udang dengan bahan A selama 20 minit.
3.Campurkan bahan B dan masukkan udang yang telah diperap. Gaul rata.
4.Goreng terendam udang tadi sehingga masak dan tuskan minyaknya.
5.Gaul rata bahan C. Ketepikan.
6.Panaskan kuali, masukkan butter. Kemudian, masukkan bahan C. Kacau campuran C dengan cepat untuk mendapatkan telur goreng yang halus dan rangup. Angkat dari kuali.
7.Panaskan kuali dengan 2 camB butter. Goreng bawang putih, cili padi dan
daun kari hingga wangi. Masukkan udang dan bahan perisa. Gaul rata sebelum dimasukkan telur goreng tadi.
8.Gaul rata dan hidangkan semasa panas.

Feedback dari pembaca chetam :
=======================================
Just want to up-date on this butter-prawn dish. After suryeving a few restaurant in Seberang Jaya and Kulim there are a few Chinese restaurants yang mencampurkan telur goreng yang halus tu dengan nestum, masa goreng last sekali. Butter kena lebih sikit sebab nestume serap butter.

Kinda weird but Nestume when combined with butter taste very differently. Rasa sekali memang bukan macam Nestume. Furthermore, telur goreng halus akan nampak banyak.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails