Sabtu, 15 Mei 2010

Aisyah Jealous, Tak Bagi Umi Outing

Saya telah merancang seawal pertengahan April lagi untuk menyertai kawan - kawan lama sekolah menengah 'girls day out'. Agaknya sayalah antara terawal yang mohon cuti tahunan untuk itu. Seronoknya tak terkata, maklumlah sekali sekala mengimbau nostalgia lama.

Tapi Aisyah sejak Rabu sebelum  ke klinik rehab lagi telah menunjukkan tanda - tanda awal untuk demam. Doktor rehabpun dah bekalkan ubat. Malam Khamis pergi klinik malaysia pula untuk ambil gas, nampak nafasnya turun naik dengan cepat. Tapi doktor kata, tak perlu, cuma ambil antibiotik. Pagi khamis, macam biasalah pagi - pagi, waktu yang amat sibuk untuk sampai tepat sebelum jam 8 pagi di pejabat. Sering kali juga saya gagal, kerana karenah 2 orang nuyin ni. Khamis ini saya gagal lagi sebab lepas mandi dan siap - siapkan kedua-duanya, Aisyah muntah lagi, tukar baju lagi, hmmm. Jumaat malam, keadaan aisyah bertambah teruk. Tiada Selera makan , minum susu je muntah. 2 kali saya mandikan dia untuk turunkan suhu badan. Ubat minum tak jalan, masuk ubat demam kat bawah pulak. Dalam hati ni, 'aisyah sembuhlah, esok umi nak outing'. Pagi jumaat, keadaannya masih sama, minum air kosong pun muntah. Masuk sekali lagi ubat dari bawah. Lepas hantar Asna ke taska, pergi klinik pakar kanak - kanak pula di dataran senawang. Sementara tunggu klinik buka jam 9, Aisyah mula berpeluh dan tidur. Berpeluh, tanda nak baiklah kan. Jumpa doktor, dia cakap, lebih baik awak pergi hospital, dia tak makan, minum, badan lembik, di hospital boleh masuk air.

Masuk wad ? hmm teringat masa kes H1N1 tahun lepas, 4 hari di wad, check out betul - betul hari sebelum puasa. Nak masuk wad lagi? demi aisyah, bukannya tak mahu cuma letih nak arrange mana nak letak asna bila ayah pergi dialisis sabtu pagi. Jadi bila doktor nasihatkan macam tu, saya cakap, baik, saya pantau keadaanya lagi sejam dua. 

Selamatlah outingku, sms saba, maaf. Dalam keadaan macam ni, siapalah yang tak sayangkan anak, kan. Sebelum balik rumah, singgah farmasi beli glukose dan nampak ada jual air musoffa, belilah satu. Di rumah, bagi ubat dan air musoffa. Masih sama, 2 kali muntah. Hai ke hospitallah nampaknya kita.  Ayah call, dia kata tunggu dia balik, kita pergi sama -sama. Terkorbanlah solat Jumaat ayah. Sambil tunggu ayah, kemas dapur, urusan kain baju, sapu sikit -sikit. Bagi aisyah susu lagi, ok tak muntah lagi, alhamdulillah. Sampailah jam 4 petang, aisyah dah tak muntah. Alhamdulillah. tak perlulah kami ke hospital nampaknya.

Moral of the story :
- Dah tau anak tu jalan dengan ubat klinik pakar tu je, janganle gatal lagi pegi klinik biasa.
- Aisyah jealous tak bagi umi outing, dia tau umi tak jadi pegi, dia pun baik...yeke..
- Aisyah nakkan PERHATIAN lebih, dia nak umi dia cuti khas untuk jaga dia je, baru ok

PERHATIAN itu kan KASIH SAYANG. KASIH SAYANG itu kan PERHATIAN.
kawan - kawan, i miss u all.

3 comments:

umeboshi berkata...

alahai ju. kesian nye. mmg sgt teruja nak jumpa ju n kwn2 lain. tapi, anak2 n family lagi penting, kan? sapa x risau kalo anak x sihat. anyway, alhamdulillah aisyah semakin sihat, kan? moga semua ok2 dan selamat sahaja. take care ju. nanti kita plan geder2 lagi ek. dun worry! by the way, sila amik SUNSHINE AWARD kat blog kiter eh. i love u'r stories...muahh..muahh!!

JMY berkata...

award ? thanks..nnt sy amik

ctsaba berkata...

we missed u too ju... insyaallah.. ada rezeki kita jumpa lagi... take care your gegirls yehh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails