Isnin, 24 Mei 2010

Seminggu Yang Sunyi

Seminggu nuyin2u sepi dari entri baru. Saya pula yang dilanda demam. Semasa Aisyah demam, muntah, batuk teruk minggu sudah, saya berdoa pada Allah, ya Allah Kau sembuhkanlah anak aku ini, sihatkanlah aisyah, biar aku yang tanggung sakitnya, sudahilah demam Aisyah itu, biar aku yang rasa peritnya ya Allah. Allah memakbulkan doa saya. Alhamdulillah Aisyah dah semakin baik. Tapi Ayah dan Uminya pulak demam. Ayah demam sejak Sabtu hingga Selasa. Bersambung pulak kat Umi Rabu hinggalah hari ini Isnin, saki baki perit batuk masih bersisa.

Doktor bagi saya MC dua hari, Khamis dan Jumaat. Saya buka sejarah cuti , lamanya tak MC. Rekod 2009, saya takde seharipun MC. Fuhh lama tu..patutlah kali ni demam, rasa aduh beratnya. Ada juga yang bertanya, demam biasa ke demam ada isi ? Ada isi ? Kalau ada Alhamdulillah. Kami tak pernah merancang dan takkan menolak jika Allah nak bagi. Tapi Allah lebih Maha Mengetahui bila masa yang sesuai untuk ada yang ke 3.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails