Rabu, 16 Jun 2010

Aisyah Selepas Pengambilan CNI

Semasa menunggu di klinik Rehab, sebulan yang lepas, saya ada berbual dengan Puan Vasugi. Anaknya pun CP juga macam Aisyah, dah berusia 5 tahun dan dah boleh duduk sendiri dia tas wheel chair, bermain dengan rakan seangkatannya. Anak itu nampak sihat. Saya bertanya Puan Vasugi jika ada apa -apa rawatan tambahan yang dia lakukan untuk anaknya. Si Ibu mula bercerita yang dia beri anaknya produk CNI.

CNI, popular, jarang ada orang yang tak tahu produk ini. Kakak ipar saya pun CNI.  Kakak sayapun, agaknya. Tapi mungkin sebelum ini saya tak jumpa lagi testimoni pengambilan CNI untuk kanak - kanak CP, membuatkan saya tak pernah endahpun dengannya. 

Puan Vasugi membuatkan saya berfikir, di zaman ini, telah banyak yang canggih, macam - macam produk kesihatan yang ada. Dengan perkembangan Aisyah yang tidak seperti kanak - kanak normal, takkan saya nak biarkan saja dia begitu. Jika rawatan fizikal saya cuba penuhi, kenapa rawatan dalamannya saya tak usahakan. Produk - produk yang berkualiti, harganya tak usahlah nak dipertikaikan, kan, adatlah tu.
Saya suami isteri cari duit ni untuk apa lagi, kalau bukan untuk kesejahteraan anak - anak, kan. Tapi perlu jugaklah Aisyah amalkan produk ni mengikut kemampuan Umi dan Ayah dia. Misalnya Puan Vasugi kata hari - hari perlu amalkan Life Enzyem + Lyophilized Royal Jelly, tak dapatla..saya cuba bagi selang seli. Manakala Royal Jelly Vita C + IgMax, saya berikan tiap - tiap malam sebelum tidur. Young Intelmax pun selang seli.  Kenala jugak ikut kemampuan kami. 


Inilah dia makanan tambahan untuk Aisyah. Selepas raya tahun sudah, kami ada cuba rawatan akupuntur di Bukit Bintang, Tapi sebab tak dapat nak commit tiap - tiap minggu, rawatan tu berhenti disitu saja. Inilah baru nak mula dengan rawatan pemakanan selain rawatan Al-Quran, Fisioterapi, Cara Pulih Kerja dan Dohsa-Hou.

Setelah sebulan Aisyah makan CNI ni, Alhamdulillah, saya nampak perkembangannya seperti :
- Tiada lagi bunyi kahak semasa dia bernafas.
- Setakat ini tiada lagi batuk - batuk.
- Keaktifannya bertambah, jika dulu dia meniarap, maju ke depan sikit, lepas tu dah penat. Tapi sekarang, dia boleh maju ke depan, dari pintu masuk rumah sampai ke dapur, kemudian U-turn balik ke ruang tamu. Bukan Umi nak mendera, tapi Umi nak Aisyah Aktif. Berlinang air mata tengok kesungguhan dia. Mungkin juga berkat suami saya amalkan bacaan Quran Untuk Aisyah, hasil rawatan Syifa-Alhidayah.
Terima Kasih Puan Vasugi kerana memperkenalkan saya dengan CNI.  Dan sekarang, sayapun ahli CNI bawah bimbingan Puan Vasugi.

2 comments:

ieda berkata...

salam perkenalan..
makanan tambahan ni mmg elok tp kena ambil berterusan utk lihat kesannya.

JMY berkata...

betul tu, setuju 100%

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails