Ahad, 13 Jun 2010

Country Height Kajang & Putrajaya

Sempena dapat vaucher percuma dari Vacation Club Palace Of Golden Horses, maka kamipun pergilah bercuti ke Country Height Kajang. Kelakarlah, patut pergilah bercuti ke laut ke, pulau ke, ini tak tepi highway je. Haha nama pun free. Tapi ok juga, villa ala -ala mediteranean, privacy, dikelilingi banglo - banglo besar.
Pemandangan waktu pagi. Damai, sekali sekala dengar bunyi ERL lalu.
Team Oren bersiar - siar waktu pagi.

Window Shopping di Alamanda. Keasyikan melihat air pancut.
Perjalanan pulang, kepenatan yang teramat.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails