Rabu, 16 Jun 2010

Dapat Pahala Niat Je

Cuba perhatikan banner diatas, apa kurangnya banner ini ? Tajuknya menarik perhatian kami. Seminggu sebelum kami dah rancang nak pergi. Maka hari ini kami dah rancang untuk balik dari opis, 'on time' supaya lepas maghrib, kami dah bersedia untuk ke seminar ini. Persiapan semua dah lengkap, buku nota sorang satu, pen siap ada extra untuk Aisyah, biskut - biskut Aisyah, susu, strawler, semuanya lengkaplah, tiada yang tertinggal. Sampai di sana......lengang...tanya Jaga, dia kata seminar tu dah sudah, pagi tadi...APA ?! oh tidak...sedih...sedih...

Silap kami kerana tak teliti betul - betul banner tu. Banner tak tulis pun jam berapa bermula dan tarikh Hijrahnya pun salah. 15hb Jun, baru 2 Rejab, bukan 13 Rejab. Silap Banner tak nyatakan jam program bermula, dan silap kami tak bertanya, terus beranggapan, seminar sebegini biasanya belah malam.

Jadinya, kami dapat pahala niat je le....

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails