Rabu, 30 Jun 2010

Majlis Sambutan Hari Lahir OKU PDK Senawang

Sabtu lepas, 26hb Jun 2010, PDK Senawang mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir OKU PDK Senawang bagi tahun 2010. Majlis di rasmikan oleh penaungnya Datin Sufaezah Bt Yed. Turut hadir Pengarah JKM Negeri Sembilan, bermula jam 8.00 pagi hingga 1.30 tengah hari. Majlis macam ni lah baru saya nak beramah mesra dengan keluarga OKU yang lain, maklumlah hari - hari biasa, hantar Aisyah, tak berkesempatan nak bertegur sapa. Jadual dialisis ayahnya pun kenalah tukar ke belah petang.


Syok tengok cikgu - cikgu Aisyah mengenakan baju kurung yang 'macam kenal' je tu. Terima kasih cikgu - cikgu sebab menghargai. Seperti tahun lepas, program yang diadakan ialah karoake, pakaian beragam, majlis potong kek dan penyampaian hadiah kepada OKU - OKU yang menang dalam sukan. Lepas tu hadiah khas untuk OKU yang berkehadiran penuh 2009. Ini yang tak tahan ni, dalam 5 ke 6 orang, nama NURIN AISYAH nombor satu. hehehe, takde exam, dapat hadiah kehadiran penuh pun kira bagusla tu untuk ecah , dan kemudian penyampaian hadiah hari lahir untuk semua OKU dan elaun OKU bulan Mei dan Jun.

Terima kasih kepada semua cikgu - cikgu, AJK dan semua yang terlibat. Gambar - gambar Majlis, aduh...lambat skit nak upload, tak banyak bergambar, jumaat nanti plan nak minta softcopy dari cikgu Maya.

Ni dia budak kehadiran bagus tu bangun dari tidur, nak suruh makan...Kelakar tul dengan gelaran Cikgu Zana "ecah gomok", tang mana yang gomok ? Umi rasa - rasa kat pipi lah.

4 comments:

ieda berkata...

salam...tahniah ecah sb rajin pegi sekolah..moga jadi anak yg baik.

JMY berkata...

terima kasih mummy ieda..

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

sangat seronok bila terlibat dgn aktiviti mcm tu yer..lagi2 melibatkan aktiviti anak kita. fiza try nak hantar sofie ke PDK. tapi tak boleh lagi....nurse dah sibuk suruh hantar PDK. nantila...bagus PDK ni, tapi fiza sendiri tak berkemampuan dari segi masa...abisofie guru, ngajar pagi. tak de sapa nak hantar. nak lepaskan sofie naik bas sekolah sendiri, alahai...berjalan pun tak pandai lagi....kalaula fiza boleh memandu....

JMY berkata...

fiza,

cuba daftar je dulu dgn PDK berdekatan. Ada sesetgh PDK yg menyediakan kenderaan. ataupun kalau tak dapat kita ke sana, isnin - khamis, hari jumaat adalah hari dimana cikgu - cikgu PDK yg akan buat lawatan ke rumah bg parents yg tak dpt hadir ke pusat PDK.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails