Jumaat, 25 Jun 2010

Mengenang Jasa, Di Hari Bapa

Gambar yang atas ni adalah gambar arwah atuk nurin - nurin, a.k.a. bapa saya., 13 tahun sudah bertemu Ilahi. Seingat saya, masa abah ada, takde lagi sambutan hari bapa ni. Sempena hari bapa kali ni, suka saya nak mengenang kembali jasa - jasa beliau. Walaupun pada ketika itu, abah bukan orang yang senang untuk saya dekati kerana sifat garangnya. Tapi bila dikenang, jikalah dia tidak garang, belum tentu hari ini saya menjadi orang. Kenangan ? hmm Raya terakhir, abah ada belikan baju raya. mana ye baju tu, dah sedekah kat orang lain mungkin. Lagi ?Simpan sendirilah dalam kotak ingatan ni. Yang boleh share kat sini, Mak ada cakap, abah selalu pesan kat mak, banyakkan sembahyang istikharah. Sampai sekarang saya ingat. Dan bila dah ada keluarga sendiri ni, apa yang abah pesan itu betul, sebab pada saya bukan senang untuk kita membuat keputusan dalam hidup ini, lebih - lebih lagi jika nanti keputusan itu melibatkan hala tuju anak - anak bila besar nanti. Dari sekaranglah patut bermulanya sembahyang istikharah itu, supaya dalam setiap apa jua pilihan yang kita berikan untuk anak - anak itu, mendapat petunjuk Allah S.W.T. Terima Kasih Abah.

Yang ini pula, bapa mertua. Muka nak dekat sama kan? Tapi karektor sangat berbeza. Abah yang ini lembut orangnya. Dah tak berapa sihat, tapi tak suka bertongkat. Dalam ceritanya boleh ada lawak. Boleh dibawa berborak, tapi kena sabar sebab ceritanya kadang - kadang tu berulang - ulang. Sangat penyayang kucing. Walaupun sukar berjalan, tapi solat 5 waktunya masih di masjid, Alhamdulillah.
Dan yang paling dicintai lagi dikasihi seantera dunia ..hehehe..bapa kepada nuyin - nuyin ini. Sifatnya kombinasi kedua - dua diatas. Terima kasih kerana menjadi bapa yang luarbiasa baik, luarbiasa cemerlang, luarbiasa pandai, luarbiasa rajin, luarbiasa sihat. Kalau tak luarbiasa pun, lepas ni, luarbiasa - luarbiasakanlah ye..

Apapun untuk bapa - bapa yang sudi membaca entri saya ni sampai habis..Selamat Hari Bapa...

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails