Khamis, 17 Jun 2010

Motivasi Pagi IKIM - Zikir

USAH dipinta kehidupan yang mudah, tetapi PINTAlah hati yang tabah.
USAH memohon kecilkan ujian, tetapi MOHONlah besarkan iman untuk menghadapinya.

Realitinya bila kita berzikir, tapi tiada ketenangan. Contoh, kita baca "Ya Razzak..Ya Razzak (Wahai Allah yang memberi rezeki)", tapi masih tiada jalan penyelesaian . Kenapa ?

Rupa - rupanya zikir kita bukan ZIKIR yang BERSEPADU, iaitu :
1- Berzikir dengan lidah (Qauli)
2- Berzikir dengan hati..ada rasa...menghayati (Qalbi)
3- Berzikir dengan perbuatan (Fi'li)

Contoh, Kita zikir "Subhanallah...Subhanallah.."
1-Kita sebutnya dengan lidah
2-dalam hati merasakan kehinaan diri. Mana tak hina, cuba ingat semula..kita ni keluar dari dua lubang najis..(keluarnya air mani dan keluarnya kita ke dunia), tak hinakah itu? duduk dalam rahim ibu, dekat dengan tong najis. setiap anggota badan kita semuanya ada najis. Ada tahi hidung, tahi telinga, bawah kuku ada kuman, tak hinakah itu?..Hinanya kita berbanding Allah yang maha besar. Cuba tanya diri sendiri, jika ada orang buat salah dengan kita. Adakah kita memaafkan. Mungkin kita memaafkan, tapi adakah kita melupakan? bolehkah kita menyayangi orang yang buat salah dengan kita? Menyayangi...mustahil bagi manusia biasa macam kita. Tapi bagi Allah, Allah sangat mencintai orang yang bertaubat ( yang dah buat salah dan bertaubat).

DOSA yang menyebabkan kita menangis bertaubat lebih baik dari KEBAIKAN yang membuatkan kita TAKBUR.

Bila hati telah terkesan, barulah anggota kita automatik tidak melakukan dosa. Yang baik kita syukuri, yang buruk, kita sabar..

ingatlah semula...

USAH dipinta kehidupan yang mudah, tetapi PINTAlah hati yang tabah.
USAH memohon kecilkan ujian, tetapi MOHONlah besarkan iman untuk menghadapinya.

2 comments:

umeboshi berkata...

ju....entry ni sgt bagus!!! nak meleleh air mata ni..betapa selama ni, slalu doa minta yg baik2, jauhkan yg buruk2 dari hidup. walhal, patutnye sebelum tu, minta la iman yg teguh supaya dpt atasi segala masalah dgn tenang dan beriman...baru le dpt kebaikan dlm hidup... subhanallah!!

JMY berkata...

tu la kan, cik ume..hai...subhanallah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails