Rabu, 30 Jun 2010

Kita Hidup Dengan Apa Yang Kita Dapat

KITA HIDUP DENGAN APA YANG KITA DAPAT. TETAPI, KITA MEMBINA KEHIDUPAN DENGAN APA YANG KITA BERIKAN.

Allah Maha Memberi dan menguji kita sejauh mana kita beri pada orang lain. Kebaikan orang yang memberi ialah (1) Mendapat keberkatan dalam hidup. (2) Mengukuhkan persaudaraan. (3)Menyembuhkan penyakit.

Apabila kita memberi, Allah panjangkan umur dengan berkat dan kebaikan. Dengan menyalakan lilin orang lain menggunakan api lilin kita, sedikitpun tidak mengurangkan cahaya lilin kita malah akan jadi lebih terang dengan adanya cahaya lilin – lilin yang lain.

Harta yang sebenar adalah harta yang kita belanjakan ke jalan Allah.  Rezeki, bukan penting pada banyaknya / kuantitinya, tetapi penting pada berkatnya/kualitinya. Rezeki ini adalah amanah Allah. Allah beri pada kita, untuk kita kongsi / beri pada orang lain. Bila kita mencari rezeki, apa modal kita ? Idea, Usaha, Tenaga, semua itu adalah modal dan modal itu datang dari Allah.

Jangan sekat rezeki orang lain dengan tidak memberi apa yang Allah beri pada kita. Jangan tidak memberi dengan alasan kita tidak ada apa – apa untuk diberikan. Jangan sempitkan ‘pemberian’ itu pada wang ringgit / harta semata. Senyum, Doa, Nasihat, Ilmu juga adalah pemberian. 2 perkara yang kita harapkan dari sahabat – sahabat kita iaitu Doa dan Nasihat.

KITA HIDUP DENGAN APA YANG KITA DAPAT. TETAPI, KITA MEMBINA KEHIDUPAN DENGAN APA YANG KITA BERIKAN.

Nota dari Motivasi Pagi IKIM.FM

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails