Ahad, 25 Julai 2010

Aisyah Dan Vitaminnya

Masa mula - mula nak bagi Aisyah makan vitamin, fikiran terus memikir kena beli penumbuk kayu macam yang ada kat wad hospital. Bila diingat semula, kelakar pulak, siap pergi farmasi, tanya ada tak jual penumbuk kayu or plastik, juru jual tu macam pelik je. Yang saya ingat, saya pernah nampak ada dijual di kedai - kedai kraftangan, kat mana, tak pasti. Oleh sebab tak ada, setiap kali nak bagi Aisyah, saya akan ambil plastik baru, letakkan ubat dalam tu, dan tumbuk pakai penumbuk lesung batu. Lama juga saya buat demikian, lepastu barulah terpikir apa susah sangat, pakai sudu plastik dan mangkuk plastikpun rupanya boleh jadi tempat menumbuk yang bagus untuk ubat. Hish...lambat betul idea kreatif ni datang..
 
Masa ni Intel youngmax dah habis, jadi yang tinggal vitamin c dan igmax saja. yang bentuk bintang tu, multivitamin appeton. Kenapa 2 biji setiap satu ? sebab Asna pun nak juga, kenalah dua..hehe
Ini gambar selepas ditumbuk yang tak berapa lumat. Penatlah nak menenyeh - nenyeh tu kan, janji Aisyah boleh telan. Asna kata Umi kuat sebab boleh buat ubat tu jadi cam gini..
 
Aisyah, kalau ubat bentuk cecair, bagi dalam picagari tu, tak suka, menangis - nangis kena paksa, tapi vitamin ni, cepat je menganga, berebut dengan Asna.
 
Hahaha..suka tengok dia makan, mesti terkenyit - kenyit matanya menahan rasa masam, sambil menunjukkan giginya yang tak berapa nak cantik tu. Adake Ayah kata gigi taring Ecah macam hantu, pandai pulak tu lagila saja dia menyeringai macam tu..hmmm ecah..ecah..

Apapun Aisyah tetap comel dimata kami. Walaupun rambutnya Ayahnya potong dah macam askar rekrut.

7 comments:

iCaLoVeZiE berkata...

Dulu saya tidak mengerti, bagaimana kasih sayang ibu boleh tumpah kepada anak yang tidak sesempurna manusia biasa.. Namun kini, saya mengerti. Bahawa kasih sayang dari ibu bapa, tumpah lebih banyak lagi kepada anak-anak istimewa sebegini!

ieda berkata...

baguslah ecah..boleh telan vitamin yg masam2...nabila takmo..habis dia luahkan...siap sapu2 lidah lg.

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

bagusnye ecah..bangga saya tgk ecah . pandai mkn vitamin. sofie makan vitamin, mesti muka kelat2 gitu...

saya pun pernah terfikir nak beli lecung kayu/plastik mcm kat wad hospital tu. tapi, cari2 tak pernah jumpa. lastnye, bancuh je dgn simplex, sebb ubat sofie semua jenis tablet dan kena bancuh dgn simplex....

umeboshi berkata...

owh..mau aisyah mkn ubat/ vitamin cenggitu ek? comel je tgk dia tersengih tayang gigi dia.. hehe

Tanpa Nama berkata...

sy ada bca entri bknaan apartment vista sri putra.. tp knpe n0 pn.ina xdpt dhubungi?

JMY berkata...

ica - mereka memudahkan kita diakhirat kelak, insyaallah.

ieda - nabilapun pandai jugak, tp pandai takmo mkn vitamin..hehe

sofie - simplex tu mcm mana..hmm kena google le ni..

ume - haha, gigi dia cepat reput sbb suka kemam susu time tido mlm masa kecik2 dulu

tanpa nama - yeke tak dapat? hmm tp tula no. dia, dia takde 2 minggu ni, g umrah, cuba call no ni adib - 0192143653

Tanpa Nama berkata...

salam, en.adib tu ada sewakn homestay dkt vista tak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails