Selasa, 13 Julai 2010

Apa Kata Kita Ber Bengkel Keibubapaan

Saya tolong IKIM mempromosikan bengkel mereka, heh heh heh..Tapi tarikh bayaran dah lepas, tapi di website IKIM tertera 'pendaftaran masih dibuka'. Jika ada yang masih berminat, cubala hubungi mereka. Insyaallah kita jumpa di sana ye..

Tempat : Dewan Besar, IKIM
Tarikh : 17 Julai 2010
Hari : Sabtu

Petikan dari broshure :

Anak-anak, amanah Allah. Ibu bapa bertanggungjawab membesarkan dan mendidik mereka sehingga menjadi manusia yang berguna. Ini satu tanggungjawab yang besar dan berat. Malangnya, untuk satu tanggungjawab yang berat ini, ibu bapa tidak pernah diberikan pendidikan yang formal mengenainya. Akibatnya, ramai yang bereksperimen dengan tanggungjawab ini dan hasilnya sama seperti hasil eksperiman yang lain kadangkala baik, dan selebihnya, tidak begitu baik. 


Tanggungjawab ini menjadi semakin berat dalam suasana semasa di mana ibu dan bapa sibuk dengan tanggungjawab di luar rumah. Sudahlah masa ibu bapa bersama anak-anak begitu terhad, anak-anak terdedah pula kepada pengaruh rakan sebaya dan ICT yang lebih kerap mereka dampingi. Dalam keadaan itu, ibu bapa perlu bijak menggunakan masa serta teknologi yang ada untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Bukan hanya membesarkan, tetapi juga mendidik. Bukan hanya mendidik, tetapi juga memantau. Bukan hanya memantau tetapi juga menegur. Semua ini perlu dilakukan dengan cara yang disenangi anak anak agar mereka tidak membenci dan memprotes kedua ibubapanya.
Bagi memenuhi keperluan para ibu bapa terhadap kemahiran keibubapaan ini, bengkel ini akan:
  • Mengenengahkan senarai tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak menurut ajaran Islam agar ibu bapa Muslim sedar akannya;
  •  Memberi kemahiran untuk mengenali anak anak agar ibu bapa lebih mudah mendekati mereka; 
  •  Memberikan panduan-panduan untuk menjadi ibu bapa yang merupakan syurga bagi anak anak mereka.
Kumpulan sasaran program ini adalah ibu bapa dan juga bakal ibu bapa dari seluruh Malaysia.

Aturcara Program :
08.00 pagi  - Pendaftaran Peserta dan Sarapan Pagi
08.30 pagi  - Modul 1 -Tanggungjawab Ibu Bapa Terhadap Anakanak: Pesanan dari Al-Quran dan 
                     As-Sunnah (Puan Siti Fatimah Abdul Rahman)
10.30 pagi -  Jamuan Ringan
11.00 pagi  - Modul 2 -  Jom Kenali Anak-anak Kita (Puan Nani Menon)
01.00 ptg  - Makan tengah hari dan Solat Zohor
02.30 ptg -  Modul 3 - Andalah Syurga Anak-anak (Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin)
04.30 ptg  - Bersurai

Bayaran untuk mengikuti bengkel ini ialah RM150.00 seorang termasuk makan dan minum.
Sijil penyertaan akan diberikan kepada para peserta yang hadir. Pembayaran perlu dibuat samada secara atas talian (online) atau bank-in terus ke akaun Institut Kefahaman Islam Malaysia di mana mana cawangan
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), no akaun: 14- 014-01-00-7021-3, selewat-lewatnya sebelum atau
pada 9 Julai 2010 dan kemudian faks butiran pembayaran ke (03-62046240) / e-mail
(ppli@ikim.gov.my) /  hubungi pihak PPLI di talian di bawah selepas pembayaran dibuat bagi pengesahan pendaftaran.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Encik Mior atau Puan Nor Asyikin di:

Pusat Perundingan dan Latihan IKIM(PPLI)
No. 2, Langgak Tunku off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR.
Tel: 03-6204 6241/6247
Faks: 03-6204 6240
E-mail: ppli@ikim.gov.my
Website: http//:www.ikim.gov.my

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

alahai. kat kl. nak juga ikut..

JMY berkata...

jauh ek ? takpe, insyaallah nanti saya blogkan isi2 penting..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails