Khamis, 8 Julai 2010

Dohsa-Hou dan JPN

Urusan Kedua, jumaat, cuti yang lepas adalah membawa Aisyah ke Taman Sinar Harapan Seremban untuk fisio teknik Dohsa-Hou pula. Kali akhir datang, rasanya bulan 4 hari tu. Sesi kat sini dapat buat sebulan sekali je. Unit Dohsa-Hou kat sini memangla buka tiap-tiap rabu dan jumaat, tapi saya hanya dapat bawak sebulan sekali je. Kalau tiap - tiap minggu, hmmm apa pula orang opis kata nanti, tu pasal la jumaat tu saya cuti terus.

Teknik yang sama macam bulan sudah, urutan dadanya yang tinggi dan bahunya yang tak free. Mula - mula sengeh lepastu nangis, tu biasala buat Aisyah. Ops, Adiknya pun ikut sama.

Urusan Ketiga hmmmm, dukacita dengan urusan ketiga ni di JPN, pun untuk Aisyah juga.Sampai hari ni bila diingat balik, hati masih belum redha. Permohonan kami untuk Aisyah ditolak semata - mata sebab di surat akuan sumpah pada ruang tarikh, terdapat 3 huruf yang di'cancel'. Hanya kerana tu, JPN tak terima dan suruh buat semula akuan sumpah tu. Aaargh...memang rasa nak menjerit je..Surat tu bukannya tak pernah pakai sebelum ni. Laku je di Tabung Haji, JKM, BSN, hospital dan tah mana - mana lagi.. 

Aaaargh..geram..geram..geram yang teramat. Astaghfirullahalazim, geramnya. Manakan tidak, kami kena menjejak semula perkara 3 tahun sudah. Tahun lepas, OK saya terima penolakan JPN, sebab banyak dokumen yang tak dibawa, masa tu Aisyah pun saya tak bawa bersama. Tapi kalau masa tu dia cakap pasal surat tu kan senang, jimat sikit masa. Pun saya tak puashati sebab saya tanya apa beza kalau saya daftarkan di JPN dengan tidak mendaftar, dia kata tak banyak beza, cuma nanti pada menurunkan harta pusaka, padahal banyak sangat bezanya, lebih - lebih lagi Aisyah insan istimewa. Bab - bab bantuan peralatan JPA, pengecualian LHDN, pekeliling keluar pejabat semasa waktu kerja, semua ini rupanya memerlukan pendaftaran ini. Huh!..hati masih terbuku geram......

Allahuakbar, berikan kami kesabaran..
*Buat kak yong dan mizah, jika baca entri ini, jika ada yang keliru, harap tidak terus menanya soalan bertubi - tubi  pada nenek dan umi, tanya saja pada saya....

4 comments:

umeboshi berkata...

kesian nye ju...byk pulak kerenah jabatan2 tertentu ni ek. sabar byk2 ye ju. moga dipermudahkan segala urusan. amin!!!

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

kak, serius...fiza tak faham urusan akak dgn JPN tu. tertanya2 jugak...kenapa dgn aisyah. apapun fiza doakan ianya akan selesai dgn segera.
sabarlah kak...

JMY berkata...

Terima kasih dengan doa - doa kalian. semoga Allah juga merahmati kalian semua. Amin.

mekchu berkata...

hye.. template kita sama la.. hehehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails