Isnin, 19 Julai 2010

Fikiran yang kosong...

Ada banyak cerita nak tulis, tapi tak tau nak tulis yang mana satu, jadi begitulah tajuknya...
Sabtu, pagi sampai ke petang berbengkel. Petang, mencari restoran Victory Arab Street nak pau murtabak Singapore ke Puchong, setelah menempuh jem di federal highway dan di subang, hampanya, tukang buat murtabak cuti pulak. Belije la sup tulang merah untuk mak, tapi mak kata tak sedap pun..saba jelah...

Dah selanjur dua hari di Puchong, malam dengan semangatnya berjalan lagi ke I-City, tempat yang berpesta lampu tu, pun redah 'jem' lagi. Adoi, ni yang tak larat dok KL ni, asyik jem, jem , jem....cam manalah orang - orang KL ni boleh sabar. Pulak tu keluar sikit je 'tol', ke KL , 'tol' ke Shah Alam, 'tol'...kena bebel ngan cikgupali yang tak suka 'jem' dan 'tol', kenala banyak - banyak bersabar sebab sume ni, saya yang plan, hehehe. Ni yang tengah takde mood nak tulis blog.

Tambah lagi dengan Asna yang semalam asyik main je dengan sepupu - sepupunya sampai bagi makanpun tak mau, dah lah malam tadi muntah - muntah, demam + kembung perut masuk angin sebab kosong tak makan agaknya. Yang mak dan paknya kemain dok Puchong confirm kenyang gilerr.. Ni bukan kes 'kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan' ni kes 'mak pak sendiri yang minum susu, tak bagi kera, tak bagi anak' ...kesian..kesian..kesian..Dah bawa jumpa doktor kassim tadi, jangan bagi dulu susu, coklat. Bagi minum air kosong banyak, tak pun 100 plus atau vitagen yang ada kultur hidup, hmm harapnya dia sembuhlah di taska..

Aisyah ? hmm ecah kalau dok umah nenek memang peluang berehat, tak meniarap, tak exercise, dok berdokong je, nenek dokong, kak mizah dokong, sume dokong, sukala dia dilayan cam tuan puteri sampai ubatpun tak makan.. hmmm cammanelah orang yang dah berbengkel ni bilalah nak insaf...

5 comments:

Kerikil Kehidupan berkata...

Semoga Asna cepat sembuh...and selamat berhujung minggu....

JMY berkata...

tima kasih kak, asna masih blm sembuh, cirit birit pulak...

JMY berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mummysyafie berkata...

Asna dah sembuh ke..

tengok pic ni terus jadi penin..

JMY berkata...

hehe, asna dah sembuh tp dah berjangkit ke umi n kakaknya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails