Jumaat, 23 Julai 2010

Ilmu Dari Bengkel - Modul 1, Pesanan Quran & Sunnah

Berikut adalah perkara yang saya 'highlight'kan untuk diri sendiri, hasil dari bengkel ibu bapa yang saya pergi tempoh hari :-
  1. Bilakah kali terakhir kita mengajar 'adab' kepada anak kita ? Sejauhmanakah seriusnya kita semasa mengajar adab ?
  2. Ada 7 komponen dalam mendidik anak iaitu keimanan, Moral, Jasmani, Mental, Rohani, Sosial dan Seks
  3. Mendidik anak dengan cara makan dan minum , cara islam.
  4. Kita ajar anak kita. Adakah kita komited dengan apa yang kita ajar?
  5. Kita perlu bersedia dengan apa jua maklumat dan jangan sesekali berbohong dengan anak kita apabila mereka bertanya.
  6. Adilkah kita ketika menghukum ? Hati-hati ketika menghukum, jangan 'over do it', jangan sampai timbul kebencian dalam hati mereka.
  7. "Jangan kamu didik anak - anakmu seperti mana kamu dididik kerana mereka berada di zaman yg berubah"- Saidina Umar
  8. Yatim itu ialah anak yg ada ibu tetapi tidak mempedulikannya, ada ayah tetapi selalu banyak kerja - Madah Arab. - Yatimkah anak kita ?

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails