Isnin, 12 Julai 2010

Jom Ke Jeram Gading

Minggu lepas balik Gombak dan urusan Aisyah. Minggu depan, balik Puchong dan ke Bengkel keibubapaan. Jadi minggu ni jom kita menikmati keindahan Alam Ciptaan Tuhan. Dah 6 tahun menetap di Negeri Sembilan ni, yang saya tau, Seremban, Senawang dan Rembau. Daerah - daerah lain, belum pernah sampai lagi, jadi Ahad semalam adalah pertama kali kami sekeluarga menyusuri jalan ke Jelebu..kabus paginya, kedai kiri kanan jalan, mengingatkan saya kepada suasana Gombak tahun 80-an. Nyaman.

Ini rancangan saya dan 3 anak dara sepejabat, 2 minggu yang sudah. Ajak juga yang lain - lain, tapi nampaknya yang 4 orang inilah yang memang excited nak berendam.

  
Selain Nasi lemak, Lontong, Sandwich dan Puding, BBQ ini merupakan sajian utama kami. Ayam perapan cikgupali memang paling sedap, hehehe
Ini Hajar dan tunangnya, baru mula nak membakar. Kami sampai sini jam 9.30 pagi. Sudah menjadi lumrah, ciptaan Allah secara langsung dariNya seperti air terjun, laut, hutan, gunung ganang, memang lebih menenangkan jiwa berbanding ciptaan tidak langsungnya seperti bangunan pencakar langit.
 
2 orang kenit yang menceriakan suasana. Tengah makan ayam BBQ.
Giliran Cikgupali pula membakar. Asna Kat belakang tu baru sudah buang air,  sambil umi sedang pujuk asna pakai seluar dan pandang ecah dalam khemah, tertidur kepenatan.

Ini dia 3 dara pingitan tu. Terima Kasihlah pada Cik Intan, Photographer a.k.a. tuan punya gambar. Kenangan : Cik Wani terjatuh, terseliuh tangan, turun dari batu - batu sambil pegang spek mata Cik Intan, Selamatlah mata Cik Intanpun rabun buat sementara waktu.Tak sedar masa beredar, rupanya jam 2.30 petang baru habis siap nak pulang.

5 comments:

umeboshi berkata...

seronoknye berpiknik!!! weekend ni cik ume p PD. encik hubby ada training, tapi mama n anak2 nyibuk ngikut. ekekke..

iCaLoVeZiE berkata...

yours is aisyah. mine is ayesha. both are special!

iCaLoVeZiE berkata...

BTW, i followed u, linked u to mine. so that we can share lots of things

JMY berkata...

how to follow u icalovezie, can't find ur blog. cik ume, sambil nyelam minum air, ok la tu..PD pun best gak , thn ni, blm smpi PD lagi..will come, next...

Nowwa Fitri berkata...

Owh bukan org NS sejati ke?

hehehe..NS masih banyak yang perlu diterokai..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails