Sabtu, 3 Julai 2010

Rawatan Susulan di Syifa Al Hidayah

Saya dan suami ambil cuti 1hb dan 2hb julai sebab nak menguruskan Nurin Aisyah. Urusan pertama, 30hb Jun (Rabu malam Khamis), balik ke Gombak untuk rawatan susulan, tarikh yang telah ditetapkan 3 bulan yang lalu.

Jam 10.30 malam sampai ke situ, baru no 1. Ha..terkejut betul, habis kami yang nombor 27 & 28 ni pukul berapa ye. Jadi kamipun balik ke Sg Chin Chin dulu. Sembahyang isyak, letak barang, jam 11.30 malam, pergi semula ke Villa Bestari, masa tu nombor 10. hmmmmmmm...malam ni meriah sikit sebab pesakit - pesakit adalah kenalan - kenalan, iaitu mak, abang, mak mertua, bapa mertua, kakak ipar, kawan abang, kawan ofis punya ayah dan makcik.

Rupanya malam ini, nombor bergerak agak laju sebab Ustaz Lokman ada pembantunya. Laju tak laju, ikut tahap penyakit dan kami balik rumah dalam jam 2 pagi, sebabtu ambil cuti supaya tak kelam kabut nak balik senawang dan boleh ganti tidur, tapi tengahari khamis dah kena balik sebab sang ayah tukar syif dialisis ke belah petang. ( Kena belanja staff bayu sebab dah 2-3 kali kena ubah jadual, hehehe)

Rawatan pertama, 3 bulan lepas, Umi / Ayah ecah perlu baca surah Ar Ra'du (ayat 16 - 28);malam dan Surah Al An'am(ayat 89-94);pagi untuk Aisyah. Dan kali ni rawatan kedua, perlu baca surah ni pula : Yusof (ayat 46 - 52) untuk malam dan Surah Toha (ayat 71 - 80) untuk pagi. Rawatan susulan ketiga adalah pada Oktober nanti.

Semua penyakit, ada ubatnya kecuali Mati. Untuk amalkan surah - surah yang diberi, pesakit perlu mendapatkan rawatan di Syifa Alhidayah dulu dengan bawa 2 botol air mineral. Bayaran adalah seikhlas hati. Dalam bilik rawatan disediakan 2 tabung, 1 tabung kebajikan, 1 tabung  anak yatim, terpulang nak letak kat kedua-dua tabung atau salah satu. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.syifa-alhidayah.com

5 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

fiza ada dengar pasal syifa` al-hidayah ni. tapi belum ada kesempatan nak mencuba....

JMY berkata...

bila berkesempatan nanti, cuba ye..;)

Sueriani Ali berkata...

Salam...
kebetulan saya sedang mencari maklumat tentang Syifa Al-Hidayah ni. Terima kasih atas maklumat yang diberikan...

Kerikil Kehidupan berkata...

Dulu masa duk bangi tak pernah dgr pasal rawatan syifa, ni...boleh tak kalau berubat jarak jauh mcm call ker...

JMY berkata...

sueriani - sama2
kerikil - mm setakat ni x pernah dgr la lagi ustaz ni blh ubat mcm tu, utk kepastian, mungkin boleh call. x silap,ada juga tarikh2nya dia berubat di melaka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails