Selasa, 24 Ogos 2010

14 Ramadhan : EL

Aisyah demamnya menjadi - jadi malam tadi di tambah dengan batuk yang tak keluar kahak. Tidur yang tak lena, setiap jam batuk. Jam 3 pagi, suhu badan mendadak tinggi. Buka baju, basahkan badan. Mulutnya tak lekang dengan rengekan buat Umi sesekali hilang sabar. Jam 6 pagi baru Aisyah dapat tidur lena. Tak sampai hati pula nak kejutkan jam 6.30 pagi untuk bersiap ke Taska.

Kalau demam macam ni memang Umi tak hantar ke PDK, memang dia tak akan ada mood nak exercise. Jadi Umi fikir biarlah hari ini Umi EL untuk dia berehat di rumah. Tak sedap hati dengan batuknya yang tak berhenti, sebelum hantar Asna ke Taska, bawa dulu dua orang ini ke Klinik. Tak perlu ambil gas lagi, doktor bagi ubat cair kahak dan ubat batuk lelah dan antibiotik. Sabtu lalu ke Klinik Pakar Kanak - Kanak , takde pula doktor bagi antibiotik, masa tu Aisyah belum batuk - batuk lagi.

Semoga besok kau sihat nak...

5 comments:

iCaLoVeZiE berkata...

Alahai sayang.. tak suka nengok budak-budak sakit. Sedih!

Jiey^Mien berkata...

semoga cepat baik yea Aisah..
=)

mamasoffy berkata...

Salam..ecah rupanya...saya hantar anak saya Amsyar ke Taska Sofia juga..dulu di tempat baby..skrg sama dgn Asna..tapi selalunya x terjumpa umi ecah. Masa amsyar di Taska Baby, dia taknak minum expressed breast milk..so, selalu datang tghr breastfeedkan dia. Selalu main ngan ecah..(masa tu Ita jaga)..sampai ecah dah kenal, bila saya panggil nama dia, dia senyum..Hii..miss ecah.. so skrg hantar lagi ke situ? Hopefully ecah cepat sembuh..InsyaAllah....

umeboshi berkata...

ju..kesian aisyah. moga aisyah cepat sihat. kesian kalo anak2 sakit ni. tak keruan dibuatnye.

JMY berkata...

ica, jiey dan ume - Alhamdulillah hari ni kesihatan Aisyah lebih baik dari semalam, malam pun dah blh tidur.

mamasoffy - terima kasih byk2 krn bermain dengan ecah. ecah masih sy hantar di taska baby tu. Umi ecah ni memang jarang dtg taska tengah hari melainkan klu ecah ada appointment pagi, jd tgh hari hantarlah ke taska.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails