Ahad, 1 Ogos 2010

Apa Yang Istimewanya

Meaty Deluxe Pizza ! Ini pizza terbaru di pizza hut. Apa istimewanya pizza ni ? orang lain pun makan pizza juga, setakat pizza nak letak kat blog, ada pulak yang mengutuk ni hehehe..

Istimewanya kerana jiran sebelah rumah tersangat pemurah dan baik hati yang beri. Haa itulah speacialnya.. Ini bukan kali pertama. Dah 3 tahun lebih saya berjiran dengan nya, tak terkira berapa kali dia bagi.. tahun ni je ada 3 kali. Sekali hari tu dia bagi 1 pizza large + 1 pizza medium, mak datuk, kami 4 orang je yang makan, tu pun 2 orang je dewasa, hmm apa lagi 1 simpan peti ais, makan keesokannya..

Ya Allah, murahkanlah rezeki jiranku ini yang baik hati lagi pemurah. Walaupun duduk jauh daripada mak dan sedara mara, adanya dia, rasa seperti keluarga, ada yang ambil kisah tentang kami.  Apa je yang dia tak pernah beri, namakan saja..semuanya pernah, bukan setakat pizza je..bertuahnya kami..Alhamdulillah..Sangat terharu, kadang - kadang rasa tak terbalas. Suami sakit, 2 - 3 tiub ubat sapu dia bagi..Itulah istimewanya jiran kami..Allah sajalah yang dapat membalas budi dan jasanya ...Amin..

Malam tadi, bos cikgupali pula datang rumah, melawat cikgu yang belum sihat ni..Penyakit, datang macam ribut, pergi macam semut. Allah kata, raikanlah tetamu kerana dia bawa rahmat pada tuan rumah, pulangnya, menghapus dosa tuan rumah, Insyaallah.. Betul dia bawa rahmat berbentuk rezeki lagi. Mana taknya, dia bawak nasi impit, rendang dan kuah kacang. Tak rezeki namanya ? Tak payah susah nak fikir besok pagi sarapan apa. Haritu hantar MC cikgupali ke rumahnya, dia bagi durian 3 biji, rezeki juga..Segala puji bagi Allah ...

3 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

rezeki semua tu,kan kak...
semua akak sakit apa? siannyer...
sabar ye.
Allah sayang akak dan keluarga...

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

sorry, salah taip...
suami akak sakit apa?

JMY berkata...

fiza - suami tergelincir tangga, menahan dari jatuh, dua - dua lutut berbunyi mcm meletup, terus membengkak. 3minggu mc. berjln cam robot je hee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails