Isnin, 2 Ogos 2010

Dah besar dah

Sekejapnya rasa, tiba - tiba je dah besar

Asna bawa pinggan berisi roti yang dibakar oleh ayah. "Umi nah, ayah bagi". Umi jawab "tima kasih" dalam nada acuh tak acuh. Asna pegang pinggan tu lagi sambil berkerut dahi mendengar jawapan umi. Rupanya tak puas hati dengan jawapan umi yang tak senyum kat dia. Kenalah umi jawab sekali lagi "Terima kasih Asna" sambil senyum yang meleret. barulah Asna senyum dan bagi pinggan tu kat umi.

Pada umur 2 tahun 6 bulan, Asna dah pandai buang air kecil dan besar dalam bilik air. Cuma tidur malam saja pakaikan pampers..


Asna dah pandai cakap "Umi, ayah mana ?" dah boleh harap ambilkan pampers kakak kat tingkat atas. Dah boleh faham bilangan 1 dan 2. Dia juga pandai bermain emosi dengan uminya.

Satu malam dulu, ada benda yang umi gaduhkan dengannya, tak ingat apa, mungkin benda yang dia tak nak dengar / ikut cakap umi. Jadi umipun merajuk. Biasanya umi tidur tengah antara Ecah dan Asna. Jadi malam tu sebab merajuk dengan Asna, umi cakap, Asna tak minta maaf, umi tidur dengan kakak je..Mula - mula dia buat tak reti, lama dia tengok umi dah tidur sebelah Ecah, dia datang hulur tangan, "Umi, maap"..Syahdunya hati umi.

Satu ketika lama dulu, bergaduh juga dengan dia, pasal apa tah, umi cakap "umi tak mau lah cakap - cakap ngan Asna, Asna cakap maaf dulu". Lama dia biarkan uminya buat kerja sendiri. Umi lalu lalang depan dia, menyapu sebelah dia tanpa hiraukannya. Tiba - tiba dia cakap "maaf umi"..

Itulah dia Asna, pandai memujuk. Formula cikgupali, kalau anak merajuk / menangis, jangan bagi merajuk / menangis lama, nanti keras hatinya. Nampaknya umi lebih keras hatinya berbanding Asna. Menunggu kehadirannya bagai nak rak 4 tahun lebih..Bila dah ada..aik..sekejapnya rasa ..dah besar..Next, nanti umi cerita pasal Ecah pulak ye..

5 comments:

iCaLoVeZiE berkata...

dah boleh harap dah.. :D

JMY berkata...

haah...alhamdulillah..

mummysyafie berkata...

rasa mcm semalam je baru bersalin kan mereka ni kan..sekejap je anak membesar

Siti berkata...

hmm... sebaya ngan my budak kecik iskandar.. iskandar bln 6, 2007... tapi masih pakai pampers lagi...

JMY berkata...

mummy - betullah, sekelip sgt rasanya
siti - takpe, perlahan - lahan. Faktor di taska dan kita as mak, juga penting.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails