Rabu, 11 Ogos 2010

Dugaan Sebelum Puasa

Aisyah pakai telekung yang nenek gombak buatkan (1 telekung, share adik ngan kakak)

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur saya untuk bertemu madrasah puasa tahun ini. Syukur, mak - mak, abah, suami, anak - anak dan saudara mara pun sihat untuk bersama - sama masuk ke madrasah ini. Tiba - tiba sayu pula nak tulis kat blog ni, maklumlah dah seminggu tak berupdate.

Sebulan sebelum puasa, hati dah resah gelisah. Puas doa dalam hati Ya Allah, kenapalah hati ni, tenanglah. Lagi tak tenang bila mengingatkan peristiwa - peristiwa kami sebelum puasa. takut. Sebelum puasa 2005, suami masuk ICU. Sebelum puasa 2006 (bila diingat, inilah detik gembira, tak sabar nak masuk rumah baru, sekarang dah tak baru dah). Hari ketiga puasa 2007, masa ni mengandungkan Asna, ayah mertua kena strok. Sebelum puasa 2008, Suami Accident berlanggar dengan kereta cangkul, patah tangan. Sebelum puasa 2009, Aisyah kena H1N1, discaj wad, sehari sebelum puasa. 2010, 3 minggu sebelum puasa, suami lagi Accident kali ni dengan tangga pulak...hmmm Ya Allah ya tuhan, Saya rasa macam dah berat ujian - ujian ini bila di singkap semula, tapi dalam pada tu, difikirkan, mungkin ada orang lain yang lebih hebat dugaannya..

Hmmm teringat satu motivasi pagi, ustaz tu cakap, analogimya seperti anak - anak mengambil peperiksaan. Peperiksaan itu, satu peringkat ujian untuk menguji tahap kecemelangan dalam bidang akademik. Ada yang cemerlang dan sebaliknya. Macamtulah saya ni, manusia biasa. Ujian itu Allah berikan nak uji tahap keimanan, kat mana, meningkatke, menurunke. hmmmm

Selamat memasuki madrasah ramadhan buat pembaca - pembaca sekelian .

4 comments:

mekchu berkata...

sempat lagi join contest gmbr dgn kek tu.. mekchu pun baru je lepas join.. jom la

Kerikil Kehidupan berkata...

Sebagai hamba, kita kena bersedia dgn segala kemungkinan yang mendatang....Semoga kita tergolong di kalangan orang yg sabar...Amiin...

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

berat betul ujian...sabar lah. semoga kesabaran kita dibalas ganjaran tak ternilai oleh ALLAH....

JMY berkata...

mekchu - sempat ek? ok, ok, insyaallah

kerikil - terima kasih mengingatkan saya sebagai HAMBA Allah. benarlah, begitu layaknya sebagai hamba..kan.

fiza - sama - sama kita bersabar ye..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails