Khamis, 26 Ogos 2010

Homemade Chicken Chop

Sepanjang Ramadhan ni belum lagi berbuka puasa di luar, menjejakkan kaki dan membeli juadah di bazar ramadhan pun belum lagi..walaupun menu setiap isnin, rabu dan jumaat adalah menu beli, tapi tu, order saja, hantar terus ke opis.

Ini menu kami, sabtu yang lepas. Walaupun dalam keadaan risau dengan demam Aisyah, tapi menu yang sangat sedap ini masih boleh disiapkan. Dah tentulah bukan Umi yang buat, masak - masak yang begini, Ayahlah yang pakar. heh heh . Bahagian Umi, menyiapkan cempedak goreng, cempedak yang kawan opis bagi dan Umi tolong lenyek - lenyekkan kentang je + susu segar + cream memasak buat jadi whip potato.

Walaupun makan dalam keadaan tidak tenang dengan Asna yang asyik ke bilik air, dah pandai main air sinki dan Aisyah yang tak habis - habis merengek, tak tau apa yang dia nak, pinggan - pinggan kami tetap licin. Terima kasih ayah, lain kali buat lagi yee

3 comments:

ieda berkata...

hmmm...sedapnya...lg sedap kalau suami yg tolong masak..

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

sedapnya
ayah yg buat ke? hehe..pandai ayah buat.
nak minta cik abg buat juga la...bestnya.

umeboshi berkata...

kalo suami yg masak, simple mcm mana pun menu dia, kita rasa sedaaaap je! hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails