Sabtu, 21 Ogos 2010

Hujung Minggu Kedua Ramadhan

Cepatnya masa berlalu, ramadhan telah masuk fasa kedua. Mereka masih tidur. Dapatlah Umi nak berblogging sebentar. Aisyah masih demam, sejak rabu, hari ini hari keempat. Hmmm. Risau. Harap bukan denggi. Kerap pula dia demam. Ada ulser di mulut, selera makan berkurang. Tidur tak lena. Lebih suka tidur berbuai di masa - masa begini.

Rancangan minggu ini. Duduk di rumah, berkemas, tukar langsir. Cuci tingkap, tengoklah kalau larat..Shopping raya ? sudah selesai untuk anak - anak sebelum puasa hari tu.

Kenapa idea tersekat - sekat ? banyak benda dalam fikiran. Blog, berdosakah berblog ? Memblog cerita - cerita sendiri ? Menyingkapkah cerita rumah tangga ? Membuka aibkah saya ? Mengundang umpatan orang kah saya ? Menambah pahala atau menambah dosa ? hmmm semuanya selepas terbaca / tengok video 24 jam dosa di facebook. Setakat ini, cerita - cerita tiada halangan dari suami.

ahh..si kenit sudah di sebelah

sambung...ahad pagi :

Tengah hari semalam bawa ecah ke klinik pakar kanak - kanak senawang. Alhamdulillah dah cek darah, bukan denggi. Dah 3 kali bawa ecah ke klinik tu, kali ni baru perasan, agaknya doktor tu ada bagi diskaun utk kanak - kanak macam ecah. Masa mula - mula dulu atau bawak Asna, kos mesti atas 50, tapi ecah ta pulak.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails