Ahad, 15 Ogos 2010

Kerna Kasih Giveaway

Moga rezeki Ramadahan ini melimpah ruah buat semua sahabat bloging saya. Alhamdulillah Rayyan Arif dah selamat menjalani pembedahan. Melayari blog Kerna Kasih Kita , ibu ini memang superb..bersyukur dapat mengenalinya, juga menjadi sumber inspirasi dalam membesarkan Nurin Aisyah saya yang Istimewa.
Terima Kasih Ibu Rayyan Arif. Maklumat lanjut pasal giveaway ni kat sini.

Ini nak stimulate penggunaan tangan, tengokla pegang pensil asal boleh je, belum betul lagi
 
Ini anak saya, seperti selalu saya war - warkan dalam blog ini, namanya Nurin Aisyah, lahir pada 26 Mac 2007. Nama Umi dia, Jumahijah. Jadi umurnya sekarang lebih kurang 3 tahun 4 bulan. Sebagai kanak - kanak CP, pada usia ini Aisyah telah mampu meniarap, berguling, maju kedepan, lebih banyak menggunakan kekuatan tangan berbanding kaki dalam pergerakan maju kedepan, Buat masa ini banyak mengajarnya menguatkan pinggang dan tangan. 

Aisyah belum boleh duduk sendiri, masih menjalankan latihan dari posisi mengiring, tarik tangannya perlahan - lahan supaya dia menggunakan kekuatan tangan sebelah lagi untuk dia mengangkat badannya supaya duduk.


Hari Umi dan Ayah bekerja, Aisyah perlu bangun tidur jam 6.30 pagi, setelah umi siap mandi dan buatkan air suam mandian Aisyah dan Asna. Biasanya Umi bangun jam 5.30 atau paling lewat jam 6.00, sebab Ayah perlu memulakan perjalanan selewat - lewatnya jam 6.15, tempat kerjanya jauh, di Dusun Tua. Senawang - Dusun Tua - 1 jam 1/2 perjalanan, untuk hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Hari Selasa dan Khamis, Ayah keluar jam 7.00 pagi kerana tak pergi kerja sebaliknya pergi menjalani rawatan dialisis, 4 jam sehari, 3 kali seminggu. (Aik..ni dah kira bukan rutin Aisyah je, ni rutin keluarga kami..hehehe).

Siap Aisyah dan Asna mandi, pakai uniform, siap barang - barang nak ke PDK dan sekolah, jam 7.15 baru kuar umah. Hantar Asna ke Taska Cahaya Sofia dan Aisyah ke PDK Taman Marida. (Aisyah ke PDK, Isnin - khamis, pagi hingga tengah hari. Seorang Cikgu membantu saya menghantar Aisyah ke Taska untuk belah petang. Jumaat, Aisyah full day di Taska).

Petang, jam 6.30, Umi, Aisyah dan Asna baru sampai rumah. Ayah sampai, 20 minit kemudian. Sesi terapi Aisyah di rumah bergantung pada kesediaan dia dan Umi. Saya sedar, kalau saya lebih rajin, tentu Aisyah dah dapat buat lebih. Saya mulakan latihan fisioterapi untuk dia agak lewat, pada umur dia menjangkau 1 tahun lebih , baru mula. 

Manakan tidak, doktor sahkan dia CP pada umur dia 7 bulan, waktu tu Asna 6 bln 2 minggu dalam kandungan. Sebelum bersalinkan Asna, dapatla, 2 kali temujanji fisio. Waktu tu kalau pergi hospital, samada orang akan bertanya, takpun berpandangan pelik, semasa buat ujian MRI, ujian pendengaran, ujian mata, mesti orang kata, "maknya, maknya, dah tau anak problem, cepat benar mengandung lagi", biarlah apa orang nak kata, mereka tak tahu duduk perkara sebenar. Istimewanya Nurin Aisyahlah saya mengandung. Tahun 2007, memang azam saya untuk berusaha dapat zuriat. Feb 2007, seorang kenalan menawarkan kehadiran Nurin Aisyah. Agak lama Umi dan Ayah berfikir. Ini adalah tawaran kali kedua. Kali pertama, pada awal tahun 2005. Waktu itu, lagak tawaran seperti mahu menjual anak, kewangan pun tak menentu. Jadi kami biarkan. Datang tawaran kedua ini buat saya dan suami berfikir, adakah ini yang Allah tentukan untuk kami ? buatnya kami tak terima, lain kali bila kami nak cari, tak ada pula. buatnya memang Umi entah - entah tak kan mengandung, macam mana ? Jadi kami terima Nurin Aisyah dengan sangat berbesar hati. Orang lain buat persediaan timang cahaya mata 9 bulan, kami sebulan..hehe. Di hari lahir Aisyah, Ayah tiada, berkursus. Saya dan mak mertua yang uruskan hinggalah dia tiba ke rumah ini pada usianya 3 hari, dan kami namakannya Nurin Aisyah, cahaya hidup bahagia. Doktor yang sambut kelahirannya tidak ada menerangkan apa - apa masalah. Pada malam pertama saya bergelar Umi kepada Nurin Aisyah, dia menangis sekuat hatinya. Ada terdetik dihati ini, nampak pergerakan tangan Aisyah, lain, ada yang tidak kena. Tapi saya usir kerisauan itu jauh - jauh. Dua minggu menjadi Umi, saya demam, di tambah period yang tidak normal, disangkakan side effect mengambil ubat untuk stimulate susu. Saya disahkan mengandung !!!! 5 minggu. Rezeki apakah yang Aisyah bawa ini ? Bukankah ia merupakan hadiah ke atas hadiah ?? Oh Tuhan, sebegini rupanya ketentuanMu untukku, Alhamdulillah. Bleeding pulak, Ancaman keguguran, 2 minggu MC. Menjaga anak dalam kandungan dan anak yang belum lepas pantang sekali gus, itulah cabaran saya. Pada umur Aisyah 3 bulan, semasa ambil injection 3 bulan, doktor yang rawat Aisyah dah kesan ada sesuatu yang tak kena dengannya, dan suruh kami bawa jumpa pakar. Kami diamkan lagi sebab Aisyah nampak normal cuma anak matanya bergerak laju. 4, 5, 6, Aisyah masih tak meniarap, baru kami rujuk pakar. 7 bulan, melalui MRI doktor cakap otak Aisyah kecil, tak macam kanak - kanak normal, dari situlah doktor sahkan Aisyah CP. Dah balik rumah, lama masa kami ambil untuk paham apa benda CP tu. Belum masuk umur 10 bulan, Aisyah dah dapat adik. Semasa berehat pantang, emosi saya banyak mengenangkan nasib Aisyah. Kasihan pada dia dan pada diri sendiri samada mampu atau tidak saya melakukan yang terbaik untuknya. Sehingga usia Aisyah mencecah 2 tahun, baru dia dapat meniarap. Membesarkan anak normal dan istimewa yang jarak usianya 9 bulan, mencabar bagi umi. Kekurangannya, tak dapat nak fokus pada Aisyah saja. Kelebihannya, Asna umpama kawan buat Aisyah yang juga membantu menambah keinginannya untuk melakukan sesuatu. Contoh, apa Asna buat, dia pun nak buat juga. Asna dah banyak berdikari ni, barulah lebih sikit masa tu untuk Aisyah. 

Stimulasi untuk Aisyah,, terapist suruh selalu praktis duduk atas kerusi yang tapak kaki terletak di lantai, tangan, pegang grill, buat latih tubi bangun duduk. Tangan, payahnya Aisyah ni suka genggam tangan. Bila kita kata 'buka tangan', baru dia buka, lepas tu, balik pada asal. Pandai pulak tu, kalau ambil cincin dan gelang mekah dia tu, menangis gila. Memang umi takde tekankan sehari berapa lama Aisyah kena buat terapi, lama mana, bergantung pada dia, yang penting umi selitkan di setiap rutinnya. Contoh, kalau tengah pakai pampers, latih tubi angkat bontot. Makan, latih tubi duduk dan tangan pegang sudu, nak suap sendiri.

Tarikh Tutup : 31 Ogos 2010.


9 comments:

tie2kay berkata...

ya . .sy bru nk blajar blog2 ni,tk pandai sgt tp blh le. .salam pekenalan juge ,n hope blh bg tunjuk ajar . .

ieda berkata...

bagus juga ada asna...boleh menjadi kawan & guru untuk kakaknya.

tie2kay berkata...

wow. .dugaan ,rezeki melimpah ,tabik kat akak. .

Jiey^Mien berkata...

Salam..
Thanks coz sudi support..
Dah 'tgk' dah..
=)

Kerikil Kehidupan berkata...

Subhanallah...Mulianya hati Ju
( he..he..leh ke panggil Ju)...Inilah kebesaran Allah kan...Percaturannya di luar perancangan kita...Semoga Ju dpt esarkan Aisyah dgn sempurna...

JMY berkata...

tie2kay - tunjuk ajar? huhu sy pun baru gek..sikit2 blh le, x yah tabik2, kita sama, biasa je . :)

ieda - tersangatlah gurunya si Asna tu, apa kita buat kat dia, dia praktikkan kat kakaknya..geli hati tgkkan.

jiey - sama - sama, tapi rasa mcm esei terkeluar tajuk lah..hehe

kerikil - boleh, nama panggilan memang 'ju' pun. takdelah mulia pun kak, biasa2 je, mcm akk jugak, redha sbgi hambaNYA.

mekchu berkata...

niat utk blogwalking time lunch hari ini agak tersekat sbb leka membaca blog kerna kasih kita dan blog nuyin ni juga.. sgt tersentuh... korang mmg supermom..

JMY berkata...

mekchu - sume yg bergelar ibu adalah supermom..;)

AYU LISA berkata...

semoga kalian tabah menghadapi semua dugaan ini.. ayu percaya akan ade sinar yg paling bahagia buat kalian sekeluarga..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails