Khamis, 12 Ogos 2010

Qurrota A'yun - Penyejuk Mata

Melihat anak - anak memakai telekung begini dan mula meniru perbuatan - perbuatan dalam solat, mengingatkan saya pada doa "Robbanaa Hablanaa Min Azwajinaa Wa Zurriiaatinaa Qurrota A'yun Waj A'lna lilmuttaqiina Imaamaa" - Qurrota A'yun bermaksud penyenang hati atau penyejuk mata. Sejuk je mata memandang, kan..
Asna di malam ramadhan pertama. Ikut Umi pergi Solat Tarawih di Surau Taman Sebelah. Surau Taman sendiri, tak taulah bila nak siap. Ayah tak pat pergi, belum pulih sepenuhnya, jadi Ayah jaga kakak. Asna ikut Umi. Ayah tak boleh nak jaga dua - dua, nanti lagi pening. hehe.

Maklumlah baru dapat jubah baru dari Pak Ngah dan telekung baru dari nenek gombak, bersemangat Asna pergi. Di Surau, dapat tempat hujung, bucu tangga. Alhamdulillah anak Umi ni tak meragam, ikut sama solatpun tidak, cuma duduk sebelah Umi diam - diam. Telekung tu, tahanla pakai sampai selesai salam pertama tarawih.

Memang dia bukan jenis yang senang berkawan. Budak - budak kecil lain ajak main, dia cool tengok je sampailah selesai Umi solat. Moga hatinya tertanam , sentiasa dekat dengan rumah Allah hingga akhir hayat.

5 comments:

ieda berkata...

kalau anak duduk diam bolehla bawa ke surau..dapat juga dia belajar sambil memerhati..
sgt comel asna pakai telekung.

Capo Grande berkata...

ala keju...tu cadangan nama anak sy tu...huhu...huhu...

JMY berkata...

ieda - ya, sgt comel...hehehe

capo - nak jadi bapa dah ye, tahniah...

tie2kay berkata...

comelnye tembam. .ank saya kalau bwk pg masjid ,dia lari pusing2 1 masjid, tiga2 perempuan tp mcm lelaki. .hurm ntah la. .

JMY berkata...

tembam? tudung tu yg ketat skit, tu yg nmpk tembam, padahal keding je tu, dikalangan sepupu2nya dia yg paling keding, puas suh makan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails