Rabu, 27 Oktober 2010

Al - Fatihah Buat Adik Iqmar

Ahad yang lepas, dalam hujan yang sederhana lebat, sebelum meneruskan perjalanan ke Puchong, kami memenuhi jemputan Majlis Tahlil dan Doa Selamat di PDK, untuk Almarhum adik Mohd Nor Iqmar Bin Azila, pelatih PDK Taman Marida, aka rakan sekolah Aisyah.

Umi tak berapa perasan adik Nor Iqmar ni yang mana satu. Maklumlah, jam 7.35 Aisyah sampai di PDK, dialah pelatih yang paling awal datang jadi Umi taklah kenal semua pelatih yang lain. Adik Nor Iqmar kembali ke Rahmatullah beberapa hari sebelum hari raya yang lepas. Umurnya 9 tahun, mengidap sakit sukar bernafas, cikgu kata penyakit keturunan. Tengok gambarnya di dinding PDK, memang ada tiub dilehernya sebagai saluran oksigen semasa tidur. Difahamkan ibu serta 2 adik beradik lain pun mengidap penyakit yang sama dan telahpun bertemu Ilahi lebih awal darinya. Yang tinggal hanya ayahnya.

Al-fatihah untuknya. Begitulah kehidupan di dunia ini, setiap yang bermula pasti akan berakhir... Gambar Majlis tak sempat nak rakam, sebab kami sampaipun dah terlewat.

Aisyah akan duduk di sini bila ada aktiviti luar di PDK

6 comments:

Azma berkata...

al-fatihah..smg roh adik ikmar dicucuri rahmat..amin..

mummysyafie berkata...

al fatihah, semoga roh Adik Iqmar dicucuri rahmat..

Tanpa Nama berkata...

untuk merelakan kepergian suatu nama biar betapa pun usianya...biar betapa pun lamanya...tetap tiada had nya...

meski sedar itu lah kenyataan...itu lah jua hakikat...yang merupakan hak mutlak Pemilik.....

bertemu...berpisah adalah ketentuan-Nya...

berkasih sayang sesama insan adalah rahmat yang Dia anugerahkan pada tiap yang punyai jiwa...

andai berkasih sayang di sini...berpisah jua di sini...kerana di sini cuma lah persinggahan dalam kembara menuju destinasi yang abadi...

buat yang menyaksikan kehilangan...sedayanya akan berusaha menghargai...mensyukuri tiap anugerah yang Dia berikan...

buat yang kehilangan...kepergian suatu nama itu diharapkan dapat bertemu di sana kelak...

al-fatihah...

ketentuan Allah adalah Rahsia Allah..

Wallahu'alam...

mekchu berkata...

terima kasih tanpa nama.. touching lak baca..

al-fatihah utk adik iqmar.. semoga kedua ibu bapanya tabah

ieda berkata...

takziah buat bapa adik iqmar & al fatihah buat arwah...pastinya dia berada di tempat teristimewa di sisi Allah.

nuyin2u berkata...

Ya, sama - samalah kita menghadiahkan fatihah dan doa untuknya agar dikemudian hari, bila tiba masa kita, orang lain pun menghadiahkan utk kita..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails