Rabu, 20 Oktober 2010

Ayam Bersos Mangga

Opss ini bukan mengidam ye. Takde kene mengena dengan mengidam, cuma teringin je. Teringin menu asalnya bukan macam ni rupanya. Mangga yang sebenar dipotong lebih halus. Macam dalam gambar di google ni. Jauh berbeza, tapi..jadilah, terubatlah jugak rasa teringin tu..
Kali pertama rasa ayam mangga ni, tahun 2006..nyum nyum, makan dengan nasi yang macam nasi ayam. Hmm sedap makan di open house rumah kawan. Sedih..minta resepi, minta nama caterer, tak dapat. Sampai hati kawan, takpe..

Kali kedua rasa di restoran thai di IOI Mall, makan lepas benchmark satu opis ni. Nama restoran tu tak ingat, tapi nak pergi makan lagi, kesahihan halal diragui pulak, hmm

Sudahnya 2010, teringin banget, buat sendiri, lagi bagus ...Akan ku usahakan agar resepi yang dibuat sendiri menjadi seperti yang dirasai diawal rasa..

Resepinya saya ambil dari mesra.net, tajuknya ayam bermangga. saya la plak yang pandai - pandai letak nama bersos mangga hehehe..maafle..

ni saya 'copy paste' dari mesra.net :
Bahan-Bahan:
200 ml jus limau
500 mll jus plum
½ biji bawang besar
10 biji cili padi
4 camca teh perasa tom yam
½ ekor ayam
5 ulas bawang putih, dicincang halus
½ biji mangga yang telah dihiris halus
Cara:
Goreng ayam dalam minyak yang banyak.

Kisarkan jus limau, jus plum, bawang besar, cili padi, perasa tom yam dan bawang putih.

Setelah lumat, tuangkan bahan-bahan yang telah dikisar itu ke atas ayam yang telah digoreng tadi. Kemudian, taburkan mangga yang telah dihiris halus.

5 comments:

n_hmieza94 berkata...

fuyooh..sedapnya..nak cket bleh..

ieda berkata...

nampak best...tapi sos tu cemana nak buatnye????boleh share dak?

umeboshi berkata...

resepi please.. ehehhe..

mummysyafie berkata...

camne agaknya rasa ayam bersos mangga ni yer? nak kena try jugak ni

JMY berkata...

mizah - nak sikit ? boleh...dtg umah...

ieda - jap lagi saya edit skit entri ni letak resepi dia ye

ume - ok, ok, nanti letak resepi

mumy - blh try, senang je

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails