Selasa, 19 Oktober 2010

Fillet Ikan Dori

Hai..goreng je ? sosnya mana ? Sosnya tak mau campur, takut lembik. Bila lembik, simpan untuk makan malam dah tak sedap. Ini gara - gara 3 minggu sudah, tak puas makan di rumah mak cik. Yelah kan, rumah orang, makcik pun buat 2 kilo je testing untuk masak malam hari nikah anaknya. Masa malam nikah kami tak datang jadi tak dapatla merasa lagi. Dah namanya testing, dapatla merasa 2 ketul, sekali lagi datang tengok dah licin. Kami ni jenis pemalu, makan kat rumah orang, takkan nak buat macam rumah sendiri, lainla kalau rumah mak atau rumah mak mertua tu..hehehe..Takpelah, buat sendirilah kat rumah sendiri makan puas - puas. Nasib sempat interview makcikku yang cikgu ERT tu. Dapatlah info, beli kat giant ke tesco ke. Di Senawang ni si Ayah cari di Giant tak de, kat Tesco Seremban 2 baru jumpa.

Tapi tak puas hati sikit sebab buat dah ikut resepi makcik bagi, tapi rasanya macam tawar, macam ada yang kurang berbanding makcikku tu buat. Maklumlah, makcikku tu cikgu ERT, saya ni, belajar ERT pun tak, masak ikut pengalaman jadi asistant mak je..hehe.Si Ayah kata, takpe, lain kali kita cuba pakai tepung tempura plak. Ok bos...ada 1 kilo lagi kat dalam peti ais tu.. Dalam tak berapa sedap tu, habis jugalah kami makan 1 kilo, berdua. Aisyah dan Asna ? makan tu ? seketulpun payah nak habis..lagi suka makan soun..

resepi yang makcik beri, begini : ikan yang dah di basuh bersih, di potong, digaulkan sedikit dengan tepung gandum + garam. celupkan kedalam telur yang telah dipecah dan di kacau. kemudian angkat dari celupan telur, lumurkan pula dengan tepung beras. lepas tu goreng. sosnya senangje resepi makcik ku ni. beli sos thai, tumiskan sedikit dengan bawang besar, bawang putih, halia, pastu masukkan sos dan sedikit air.

Tang tepung tu lah saya tak puas hati, adakah sebab memang ikan itu tawar atau ada bahan yang saya tertinggal. Ada resepi dari google, dia pakai tepung gandum je + serbuk penaik. hmm macam - macam resepi kan..Apa - apa pun kalau korang buat sedap, jangan lupa share aaa..

3 comments:

mastura rosni berkata...

aik..resepi takda ker?

umeboshi berkata...

a ah la ju...mana resepi? ciknoora slalu nampak ikan dori ni kat giant/ tesco. tapi tak pernah beli. owh, kalo grg camgini pun OK ek? nanti kasi resepi ek JU!!!

JMY berkata...

cik mastura dan cik ume..sori lupa plak letak resepi , tapi saya dah update semula, dah update resepinya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails