Isnin, 11 Oktober 2010

Homemade Vanila Milk Shake


Ahad minggu sudah, kerana batuk suami yang tak baik - baik, ada petua yang kata makanla aiskrim vanila. Suamipun pergila ke Giant, beli la semangkuk aiskrim vanilla dengan susu low fat. Sampai di rumah, dia pun mengajar saya resepi dari channel kegemarannya AFC. Ambil blender, masukkan ais, aiskrim vanila, susu low fat. itu saja, sayapun blend lah.. di bekas yang nak letak kandungan yang telah di blend itu, di curahkan coklat seperti diatas. kemudian, masukkan campuran yang diblend. Ok kemudian kita ambil gambar dahulu. Ops sebelum tu, kerja - kerja ini hanya boleh dibuat semasa anak - anak sedang tidur ye.(Mak batuk takpe, anak batuk tak boleh, itu orang tua - tua kata ).Ok, setelah selesai...cuba rasa..

Mak datuk...rasanya hmmmmm macam vanilla shake kat Mcdonald tu lah...kenapa baru sekarang bagi resepi ni, kalau tau lama dulu, takde la bila teringin shake ni je kena tak boikot sekejap Mcdonald tu hmm. kalau beli kat Mcdonald tu, beli tengah hari, malam baru habis, sebab punyala sayang nak habiskan. Ini tidak, tak sampai 15 minit dah habis. Terima kasihlah intan payung ku...

Isninnya saya puasa, hari terakhir puasa ganti. Demi merayakan saya dah habis ganti puasa, 1 lagi vanilla milk shake saya buat sendiri..hehehe Inilah dia kepantangannya bila ada ais di rumah. Mentang - mentang buat sendiri,  ha baru dua hari , terus menjangkit batuk...ambik...penangan buatan sendiri vanila milk shake ku..

3 comments:

mamasoffy berkata...

wah..boleh cuba nih..sonang yo...

umeboshi berkata...

wahhh!!! looked so yummy!!! ju, nak jugak. kiter malas buat, mintak ju buatkan boleh??

JMY berkata...

mamasoffy - haah sonang yo..bolehla buat ye

umeboshi - nak buatkan, boleh, mai la umah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails