Sabtu, 2 Oktober 2010

Lama Tak Cerita Pasal Aisyah

Bukan setakat Aisyah je saya tak cerita, dah lama tak update blog yang sebenarnya. Lama mood untuk update tu hilang, ini baru muncul semula. Tapi bila dah lama tak menaip cerita ni, idea asyik tersekat - sekat je, tak boleh jadi ni, kena praktis semula..heh.

Habis sudah mood raya, langsung tak tulis pasal raya kami. Bukan tak meriah, meriah. Seronok, pakai baju tema sama, dapat kumpul semua adik beradik. Tu lah agaknya sampai lupa pada blog nuyin2u ni. Kalau tuan punya blog dah lupa, pembaca apatah lagi, kan. Masuk asyik benda yang sama je, tak yah datang dah..eh jangan begitu kawan - kawan, jangan lupakan saya..(senyum sorang - sorang)

Dua hari sebelum raya, Aisyah di fisio. Dek kerana tak ramainya orang datang temujanji, selalunya sesi temujanji selama 1 jam saja, tapi hari tu, sesi Aisyah hampir 2 jam. Lepas satu, satu exercise yang dia buat. Dengan therapyst Pn Arfah, dia tak mau, dengan abang - abang praktikal kemain suka.  Pandai buat memek muka, Pn Arfah suruh je, dia tundukkan muka dan mula mencebik nak nangis. Bengang agaknya Pn Arfah tu dengan Aisyah. Berdiri di standing frame adalah exercise terakhir, siap boleh bersiar - siar di luar tengok Ayah yang tunggu diluar sambil tonton tv.


Wahai kawan - kawan Umi, ok tak Aisyah duduk macam ini ? Main keretapi dengan Asna. Kak Aisyah memang selalu jadi penumpanglah kan.Kalau dah duduk macam ni, susah nak suruh baring semula, kenala Umi tunggu, kawal dia sampai penat. Pandai mengarah - ngarah umi dan ayah, nak itu, nak ini, semua dia tunjuk je kalau nak dengan buat suara dia yang umi dan ayah je yang paham. Kadang - kadang geram juga, bila disuruh buat sendiri, mulalah mencebik.

*Sedang mengskodeng peluang pendapatan internet lain, selain nuffnang. contohnya, link ini.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails