Khamis, 21 Oktober 2010

Raya Yang Dah Tak Raya

17 Oktober 2010 - Di taman kami ni buat majlis ramah mesra sempena hari raya..Raya dah habis dua minggu sudah...hehe apapun terima kasihlah pada AJK KRT yang bertungkus lumus. Seawal pagi kami dah bergotong royong. First time buat ni, kutip duit serba sedikit dan gotong royong masak ramai - ramai. Yang lebih bekerjanya AJK lah, kami sekadar mengambil bahagian, datang, tolong apa yang patut, dari jam 10 sampai jam 1 petang. Apa yang saya tolong ? kupas timun, kentang, carrot, basuh ulam., tu je heee. Berhajat nak datang semula belah petang, cuaca panas sangat - sangat , kami sekeluarga tertidur..hehehe jangan marah AJK.

Sekejapan sesi gotong royong itupun Asna dah dapat tanda di dagunya. Asyik ke hulu ke hilir, pegang kaki umi, pegang kaki ayah, bukan nak main dengan budak - budak lain pun. Pun jatuh jugak, syok main sendiri. Dapatlah berkenalan dengan jiran lorong - lorong lain tu. Aisyah lah yang lebih mendapat perhatian..
Ayah punyalah pemalu, ambil gambarpun dari jauh..yelah dah kenyang, lupa nak bergambar. Aisyah kenyang makan kek dan tembikai manakala Asna kenyang makan Aiskrim. Umi dapat satu desert tu, sedap. Tak taulah apa namanya, ada rasa macam cheese cake + tartlet buah, hmm sapelah yang buat tu ye..nak google lah.. Menu - menu yang di masak, ketupat, rendang, bihun singapore, bihun sup, sate...

2 comments:

mummysyafie berkata...

takpe..nor kat sini pun still mood raya taw. nx saturday ni ada jemputan open house lagi..

JMY berkata...

wah hebat tu..kira dah nak masuk depavali dah plak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails