Jumaat, 22 Oktober 2010

Rindu Abang Faris

Ini Abang Faris, diagnosed Syndrom Down. Kawan PDK Aisyah. Aisyah dan Umi rindu abang Faris sebab dia dah tak ke PDK lagi sejak lepas hari raya . Abang Faris ke mana ? Cikgu - cikgu cakap dia dah sekolah kat Johor. Kenapa ? sebab mak ayah abang Faris dah berumur, agaknya tak larat nak jaga sendiri. Abang Faris ni suka lari dari rumah, jadi cikgu cakap ayahnya hantar abang Faris sekolah di Johor. Ada makciknya yang tengokkan dia di sana.

Umi agak sedih juga merelakan tiadanya abang Faris di PDK sebab abang Faris ceria orangnya. Masih ingat lagi hari pertama Aisyah di PDK, abang Farislah yang kawan pertama tegur dan main - main bersama Aisyah. Suara abang Faris nyanyi boleh buat Aisyah ketawa besar, pandai buat lawak. Semasa adanya abang Faris di PDK, dialah yang jadi konduktor senaman pagi, sungguh ceria bila moodnya OK.

Sekali dua ada Umi terserempak dengan abang Faris yang berjalan sendirian tanpa pengawasan di lorong - lorong kedai. Sekali tu Umi ternampak dia jalan seorang di tepi jalan raya besar..Ya Allah...Faris..dalam hati hanya dapat mohon supaya dia selamat sampai ke rumah. Kemungkinan besar, itulah antara sebab - sebab dia bersekolah di Johor. Kini tiada lagi suara Abang Faris yang gembira memanggil Aisyah...Aisyah..Aisyah..hmmm Umi yang rindu..Aisyahpun bila dia tengok gambar diatas, beria - ia mulutnya mengomel sesuatu, agaknya nak tanya..mana Abang Faris Umi, lama Aisyah tak jumpa dia..

Sayu hati...sayu sekali...bila memikirkan Aisyah besar nanti, macam itukah ? Bila Umi, Ayah tiada, kesitukah ? sakit kepala memikirkan, baik jangan fikir..mohon Allah berikan terbaik untuk Aisyah..hanya Allah yang maha mengetahui. Sebab itu bila hati sayu pagi - pagi tinggalkan Aisyah di PDK, hati dipujuk semula. Aisyah perlu belajar berdikari. Umi, Ayah , Cikgu - cikgu akan tolong Aisyah supaya boleh berdikari. Ya Allah berikan Umi kekuatan itu...

6 comments:

Kerikil Kehidupan berkata...

Sungguh bila berfikir terlalu byk hati akan menjadi gundah...moga kita doa yg baik-baik sajer buat mereka.....akak pulak tkt nak pejam mata...takut terus tak bangun...macam manalah dgn anak-anak....

iCaLoVeZiE berkata...

nak komen lain. tapi bila nampak komen kak nani kat atas, terus tak tau nak kata ape. :(

sedihnya

ieda berkata...

saya pun selalu fikirkan macam mana nabila bila besar nanti,bila saya & abahnya dah tiada...moga Allah berikan kepandaian utk dia menjaga dirinya & moga Alah lapangkan dada along utk mengasihi dia sehingga akhir hayatnya.

JMY berkata...

kak nanie - waktu nak tido, tak sempat nak fikir dah, ltk kepala je mesti hanyut dah hee

ica - kalau asyik fikir,fikir nanti asyik berendam air mata je, susah plak kan

kak ieda - amin....

umeboshi berkata...

alamak ju, sedih dan sayu lak entry kali ni. apa2 pun, semoga aisyah boleh membesar dan berdikari dlm hidup nye. bukan aisyah saja, tapi semua anak kita.. doa yg terbaik buat mereka..

nuyin2u berkata...

umeboshi - mekasih. ye..amin..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails