Jumaat, 15 Oktober 2010

Terapi Air

Minggu lepas selepas baca blog kenalan pasal neck float, hydrotheraphy, terus saya buat order online dan mencari kolam mandi ini di hypermarket berdekatan.Seronok pulak beli online ni, order, bayar, sampai umah, yang penting ada duit.

Hari Sabtu, umi melepek demam. Tak taulah virus apa tapi tak pernahlah demam macam ni punya tak larat. Anak, suami, rumah semua tak di hiraukan, sakit benar kepala ni. Hari Ahad, tak larat dah nak terbaring, layanlah budak - budak ni punya mainan baru. Hasilnya, tengoklah bukan main gembira lagi. Umi ingat dah cukup besarla kolam ni, tapi bila Aisyah masuk, rasanya macam tak pakai lama je. Kalau boleh tak nak masuk rumah, sampai kecut - kecut tangan pun tak mahu masuk jugak. Ayah cakap tak boleh tiap - tiap minggu macam ni nanti melambung tinggi bil air. Alaaaa, relaks la yah...sikit je ni ...hehe

2 comments:

Kerikil Kehidupan berkata...

tengok aisyah macam selesa je dgn neck float tu..nak order satulah untuk iman...

JMY berkata...

mula - mula takut jugak, beli je tak ukur pun leher ecah muat ke tak. Alhamdulillah muat dan memang selesa pun kak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails