Khamis, 11 November 2010

Aisyah Kursus, Penatnya ....

Dah hari yang ketiga, rasa penat sangat. Maaflah JKMNS. Memanglah kami sangat - sangat berterima kasih kerana memberi peluang pada anak - anak kami diberi perhatian eksklusif menjalani rangsangan dohsa-hou ni. Tapi lokasi tak berapa praktikal. Tempat anak - anak di Dohsa-hou, tgkt 1 Blok A. Tempat aktiviti ibu-ibu , tgkt 1 Blok B. Pagi saja perlu ulang alik 5 kali Blok A - Blok B. Memanglah lift yang angkut, tapi dengan kerusi roda lagi, makcik-makcik yang dah tua, anak - anak yang hyper, mana yang bawa anak-anak lain lagi, hmmm stress sikitlah rasa macam nak nangis.
Ini di tempat latihan, jam 8 pagi. Belum kena urut lagi Aisyah tu, ceria je. Suka sangat, tunjukkan perangainya depan cikgu - cikgu PDKnya. Asna pun sama, hari pertama, sangat - sangat gembira.
Gambar ni, Asna yang ambil masa dengar ucapan pengenalan supervisor pasal dohsa-hou di Tempat Ibu2 (jam 9,30 - 11.00 pagi) Lepas tu kena hantar anak2 ke Blok A semula dan Ibu2 kena datang ke Blok B semula. Asal usulnya dari Jepun, dikenalkan oleh psikologi Jepun. Anak - anak istimewa, sama macam anak biasa, ada keinginan, jadi teknik ni tak mengurut memaksa, kita hanya membantu saja, anak - anak yang guna upaya mereka melakukan sesuatu (lebih kurang cam tu lah maknanya)
Ini dia Supervisor Dohsa-hou yang telah mendapat pengiktirafan dari Jepun, Puan Sutiah dari Taman Sinar Harapan Tuanku Najihah, N. Sembilan.
Perempuan yang pakai swimming suit tu bukan saya ye, tu wanita india, sedang mandi bersama Asna. Ha ha ha.. Asna, Asna, ni mengulang - ngulang cakap nak mandi kolam sejak pagi hingga ke Petang, salah satu penyumbang stress Umi hari pertama tu. Mana nak handle Aisyah, mana nak handle sorang ni . hmmmmm tapi manalah dia paham erti penat umi...umi bawak jugaklah dia seorang sementara Aisyah tidur kepenatan dibilik, di tengok - tengok oleh cikgunya. Umi masa ni tengah geram lagi dengan Asna, jadi biarkan dia sorang yang turun mandi. Alih - alih aunty tu minat plak dengan dia yang sangat berani main air, jadi merekapun bermain  bersama..murninya hati mereka, Asna dan Aunty tu, kan..Diam - diam Umi pun masuk kolam, segan pulak dengan Aunty tu, membiarkan anak umur 3 tahun main sendirian, tak patut.

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

pabila sesuatu dilakukan untuk yang tersayang...rasa kasih sayang itu akan semakin mekar mengeratkan lagi suatu ikatan....

ketentuan Allah adalah Rahsia Allah...

Wallahu'alam...

ieda berkata...

seronoklah ada kursus2 macam ni...boleh tambah pengetahuan & kongsi pengalaman dgn org lain.

nuyin2u berkata...

Tanpa nama - ye,semoga kasih sayang itu sentiasa mekar

kak ieda - alhamdulillah, terima kasih pada JKM kerana menganjurkan kursus2 ini.

Tanpa Nama berkata...

pengorbanan yg tiada galang gantinye...insaf bila mengingati pengorbanan seorg ibu...syabas nuyin2u

nuyin2u berkata...

Tanpa nama -- syabas ?? hmm rasa jauh lagi utk terima perkataan itu..apapun terima kasih kerana sentiasa memberi kata - kata dorongan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails