Selasa, 16 November 2010

Asna AidilAdha

Hmmmm sukanya tengok laut Ciptaan Allah..Petang Jumaat baru dapat jalan - jalan di Pantai Teluk Kemang. Isnin sampai Khamis tengok dari jauh saja. Asna, mula - mula sampai tepi pantai, penggeli pasir la kononnya. Pantang pasir masuk kasut sikit dah tak mahu jalan, suruh buang dulu, takpun minta dukung. Akhirnya Umi bawa dia betul - betul di tepi air, main ombak kecil, hmm seronok, hilang geli pasir, dah tak nak balik pula.
Petang Jumaat juga, ibu - ibu peserta sepakat nak turun kolam, mandi sama - sama. Ini Aunty CT Zubaidah, teman serumah kami bersama anaknya Farisya . Tak sempat nak pinjam neck float Aisyah, Farisya dah mengeras macam nak kena sawan, terus naik bilik. Duduk sini 7 hari, Asna mandi kolam 5 kali. haaaa puas sampai tanya Umi bila kita nak balik rumah. hee. Hari khamis petang, mandi kolam dengan Ayah, Asna ala - ala lemas, tak sabar nak main luncur air. Haaa lepas tu terus tak mau main lagi.
Antara mak - mak lain yang turut turun mandi kolam, Kak Juriah dengan anaknya Husna dan kat belakang tu CT Rogayah dengan anaknya Amar.
Kakak yang dapat saguhati dari JKM, Adik yang lebih - lebih selongkar.
Tak habis lagi cerita Asna ni. Hari khamis pagi, masa sibuk tunggu giliran masuk lift dengan pintu lift yang cepat sangat nak tutup, sudahnya Asna naik lift sorang diri tanpa sempat umi masuk. hai...kecut perut dibuatnya dek Asna. Lift berhenti di tingkat 4, sambil minta bantuan pekerja yang lalu, Umi pun berlari naik tangga dari tingkat 1 ke tingkat 4. Kita yang cemas, dia sedikitpun tak nangis, dah keluar dari lift, berdiri tegak. hmm bertuah punya budak..Aisyah yang kursus, dia yang buat Umi kecoh. Dialah Asna yang lahir malam hari raya AidilAdha, sudah 3 tahun hijrah.

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

semalam menjadi suatu kenangan....meski yang dilalui kini adalah suatu penzahiran kenyataan....namun tetap membenihkan harapan pada tiap yang tersirat...

ketentuan Allah adalah Rahsia Allah...

Wallahu'alam...

nuyin2u berkata...

Tersirat betul maknanya..terima kasih tanpa nama..

Tanpa Nama berkata...

pahit maung dlm membesarkan anak2 mmg x boleh di balas dgn wang ringgit

nuyin2u berkata...

tanpa nama - bila rasa cabarannya, selalu juga terkenang beginilah mak membesarkan kita..hmm mmg tak terbalas..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails