Isnin, 8 November 2010

Bermula Episod Aisyah Berkursus

First Day dah tak sabar nak mandi kolam.
Ya, bermulalah episod Aisyah berkursus selama seminggu, kursus dohsa-hou mulai Ahad ini hinggalah Sabtu depan. Kali ini di Ancasa Resort, Port Dickson. Tahun lepas di Bayu Beach. Tahun lepas umi dan Ayah cuti bergilir-gilir. Kali ini, umi sahaja yang cuti, cuti tanpa rekod (harap - harap lulus). Ayah tak dapat temankan, dia banyak kerja sejak 2 menjak ni, mentelah dia bekerja hanya 3 hari seminggu. Tak apalah, dah tanggungjawab kami. Tapi kali ni rasa mencabar sikit sebab Asna ikut sama, tahun lepas, Asna tinggal di Taska.

Malam pertama ni, selamat dah tidur kedua-duanya tanpa Ayah di sisi. Ayah segan nak tidur bilik ni sebab dalam Apartment 3 bilik ni semuanya perempuan, family satu lagi tu, husband dia tak ikut. Jadi lepas makan malam tadi, Ayah pulang ke rumah. Bagus juga untuk Ayah, takdelah besok nak kena bangun lagi pagi untuk mulakan perjalanan mencari rezeki dari PD ke Dusun Tua.

Harapan, semoga Aisyah sentiasa sihat sepanjang kursus ini. Walaupun ada rasa segan sebab tempoh masa setahun sejak kursus tahun lepas, perkembangan Aisyah dari segi fizikalnya tak banyak berubah, duduk masih perlukan bantuan sedangkan itulah yang ditekankan tahun lepas, agar boleh duduk sendiri. Tapi segan itu perlu dibuang kerana setelah PDK menghantar kami kali kedua, peluang ini perlu diambil untuk kebaikan Aisyah jua. Mungkin ada cikgu - cikgu rasa tak selesa, lamanya kursus ini, hingga mereka perlu berkorban tinggalkan anak - anak dan keluarga demi anak - anak istimewa keluarga lain, Umi sangat - sangat berterima kasih atas pengorbanan tersebut.

Disini terkumpulnya lebih kurang 28 anak - anak istimewa dari PDK - PDK Negeri Sembilan. Akan ada sesi - sesi perkenalan, luahan rasa, meniupkan semangat kental untuk ibu - ibu, bapa - bapa. Selagi itu, ujian Allah, nikmat Allah di redhai dan di syukuri.

6 comments:

Capo Grande berkata...

semangat kak...jangan tak semangat...sotong sumbat jgn lupa yek ;-)....

Azma berkata...

kursus apa ni ye? Baru 1st time dengar. Nama pun lain je bunyinye..Tapi dari cerita mcm mnarik je..bagus kan kalau byk2 kursus2 cam ni utk parents anak2 istimewa ni..

Tanpa Nama berkata...

yang saling membezakan antara hamba-hamba Nya adalah iman dan taqwa...

dalam Dia memberi...ada juga yang Dia simpan...kerana Dia lebih Mengetahui...

dalam kita merasa...ada juga yang menjadi tanda tanya...kerana sebagai hamba-Nya...keterbatasan ilmu merupakan suatu yang nyata...

meski pun demikian....Dia tidak akan meninggalkan hamba-Nya bersendiri dalam menuju keredhaan-Nya...terpinggir tanpa perhatian...terkapai tanpa panduan...

semoga istiqamah dalam keimanan...

ketentuan Allah adalah Rahsia Allah...

Wallahu'alam...

nuyin2u berkata...

Azma - mmgg menarik, sedikit pengenalan kat sini - http://pdksenawang.blogspot.com/2010/07/teori-kaedah-dohsa-hou.html
banyak budak - budak yang mula datang, tak boleh angkat kepala, dah boleh angkat sendiri.

Tanpa Nama berkata...

hilang segala kepenatan bila melihat yg tersyg ceria n gembira d dpn mata...

nuyin2u berkata...

Tanpa nama - ye betul tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails