Isnin, 29 November 2010

Steamboat House Restaurant

Dulu nama restoran ini adalah Ikan Bakar Hang Li Po. Agaknya kurang dapat sambutan kot, dia 'rebranding' jadi Restoran Steamboat. Barulah menarik perhatian kami untuk menikmati hidangan steamboat,. Pilihan bbq pun ada. Lokasinya di Taipan Senawang bersebelahan dengan EON Bank. Nampak kain rentang macam menarik, lagipun kalau makan kat luar asyik kedai tom yam je. Bagus juga, bertambahlah pilihan kedai makan di Seremban selain kedai mamak, tom yam, fast food.

Harga promosi, RM18 seorang dewasa, kanak - kanak RM9. Bayar dulu baru makan. Kami pergi jumaat malam sabtu minggu sudah selepas bawa dua heroin yang tak sihat ni ke klinik. Makanan ok, cuma umi je yang tak dapat menikmati dengan sedap sebab 2 orang ni demam, jadi yang Aisyah merengek nak duduk kat kerusi. Nak ambil gambarpun payah. Si Asna pula, makan, makan, muntah pula...Tak boleh makan steamboat selalu, tak sesuai untuk Ayah, makanan berkuah - kuah ni. hmmm.

Penat memontelkan budak - budak ini, demam 2-3 hari dah susut semula., begitulah membesarkan anak - anak. Tu orang tua pesan, jangan ditegur badan anak - anak ni, montelke, berisi  ke, biarkan aje. Tak pernah - pernah pukul 4.30 pagi berkejar ke Klinik ambil gas untuk Aisyah yang sesak nafas dek batuk.

dah kecik mukanya, sian dia.

6 comments:

mummysyafie berkata...

bayar dulu baru makan..hihihi...steamboat ni kena layan ngan kekawan, sebab hubby n anak tak suka. :(

mamasoffy berkata...

oh..akhirnya ku dapat juga info pasal steamboat hang li po ni..tq share..boleh gi pas ni..tapi ntah2 saya pun x dapat menikmati jugak dengan melayang sorang budak besar dan 2 budak tecit tu..hmmm

nuyin2u berkata...

mummy - haah, byr dulu baru makan. pastu ada term "sebarang pembaziran akan di caj"

mama - camtulah kita dah jd mak kan, makan ikut dan, tp badan berisi jugak hehe (saya ngata diri sendiri ni..)

Nowwa Fitri berkata...

owh best tak kak?

kambing purple berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=3qCf_wO9NOs

jumpa kat youtube..skrg ni ramai amat dah.Klau mlm minggu alamatnya kena booking table la dulu.

nuyin2u berkata...

nowwa - nak kata best, kang pd nowwa x best lak, pd akak, oklaa. g la cuba.

kambing purple - haah, dah masuk tv9, masyuklaaa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails